Jumaat, 18 September 2009

Kejaran Mencari Taqwa

Mereka yang paling cerdik di kalangan kamu ialah mereka yang paling mengingati mati.

Agama Islam merupakan satu agama yang lengkap lagi komprehensif. Ia mempunyai tiga sistem yang mantap, iaitu, sistem kepercayaan (berdasarkan rukun-rukun Iman), sistem amalan (berdasarkan rukun-rukun Islam), dan sistem kualiti (berdasarkan konsep Ihsan).

Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Kewajipan ini adalah berdasarkan perintah Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa.” Ayat ini menjelaskan tentang tujuan umat Islam berpuasa. Ia bukannya untuk menguruskan badan, bukan juga untuk mengurangkan paras gula, kolesterol keji serta lemak dalam badan, sebaliknya tujuan utamanya ialah membina ketakwaan kepada Allah. Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai satu ‘karnival kerohanian’ yang mampu membina ‘empayar hati’ yang hebat dipimpin oleh takwa. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Apakah maksud takwa? Sahabat Omar al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, ‘Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?’ Jawab Omar, ‘Ya, pernah.’ Ubai bertanya lagi, ‘Apa yang kamu lakukan ketika itu?’ Omar berkata, ‘Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).’ Berkata Ubai, ‘Itulah takwa.’ Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Dialog ini diriwayatkan Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.
Dari kiri Cikgu Rusli Hashim, Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar, Dato' Cikgu Abd Majid Mat Isa dan Dr Danial Hj Zainal Abidin.

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..” Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan ‘sebenar-benar takwa’ sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur. Maksudnya, apabila kita masuki Syawal, kita kembali bergelumang melakukan maksiat dan dosa, ia adalah pertanda bahawa kita tidak memperoleh apa-apa pun daripada puasa Ramadan kita kecuali lapar dan dahaga.

Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, ‘Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib.

Begitulah kekuatan takwa dan itulah yang kita kejar di musim Ramadan ini. Semoga Allah membantu kita.

Oleh : Dr Danial Hj Zainal Abidin Imam Waris Beradat

1 ulasan:

Baba Roshidan berkata...

Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Daripada:
Mohd Roshidan Hassan
Junaidah Kassim
Nurul Ain Fathihah
Mohd Afnan Fathurrahman
Nurul Amirah Fatin
Nurul Adeebah Farzana
Nurul Atiqah Farhani
Nurul 'Adilah Farihah
Mohamad Adnin Firdaus

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all