Dengan kerjasama serta kesepakatan beberapa jurulatih dari Pulau Pinang,kami telah berjaya mengumpulkan seramai 30 pesilat termasuk jurulatih dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB), Gelanggang Tanah Liat (Tuan Rumah), Gelanggang Alma, Gelanggang Nyior Sebatang dan Gelanggang Stunami (Batu Feringhi).
Walau pada awalnya keadaan agak cemas kerana hujan turun secara mengejut, namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak Gayong untuk beraksi seperti yang dirancangkan. Lebih kurang sepuluh minit sebelum persembahan dimulakan, keadaan sudah semakin baik dengan perubahan cuaca dari keadaan yang suram kepada tenang dengan kelibat cahaya matahari menerangi suasana pada petang tersebut.
Pewaris: Generasi Muda Sebegini Yang Harus Kita Jaga & Didik Untuk Kembangkan Ilmu Gayong Pada Generasi Akan Datang
Dimulakan dengan persediaan kali terakhir dan kata-kata serta nasihat terakhir dari Cikgu Helmi sebagai jurulatih yang mengetuai persembahan pada petang tersebut. Seterusnya acara pembukaan gelanggang diiringi dengan doa memohon pada yang Maha Esa lagi Berkuasa untuk memohon perlindungan serta kawalan semasa dan dalam permainan pada petang tersebut. Persembahan dimulakan dengan tapak hormat pengantin dan solo pembukaan gelanggang oleh Cikgu Aliff Afnan dari gelanggang Alma.
Persembahan diteruskan dengan gerakkan seni jurus silat dan tempur oleh anak-anak Gayong dari Gelanggang Tanah Liat pimpinan Cikgu Zul yang juga wakil waris dan tuan rumah dengan persembahan yang cukup menghiburkan serta mantap walau dalam keadaan gelanggang yang agak becak. Ini membuatkan para penonton semakin ramai mendekat hinggakan pada satu-satu masa ia memenuhi keseluruhan kawasan yang mengelilingi gelanggang.
Berikutnya adalah persembahan dari anak-anak muda dari Gelanggang Nyior Sebatang pimpinan Paksu dengan persembahan gerakkan dengan serangan bertubi-tubi. Cukup mengasyikkan apabila anak-anak muda ini beraksi dengan gaya serta aksi yang bersahaja diikuti dengan keyakinan diri yang tinggi, mereka berjaya merialisasikan impian Jurulatih mereka untuk membawa serta memberikan pendedahan agar merka dapat belajar bagaimana untuk beraksi untuk majlis-majlis perkahwinan atau pun jemputan-jemputan lain. Sesungguhnya semakin hari mutu permainan anak-anak muda ini semakin baik dan ini yang kita inginkan, selain pendedahan ianya juga dapat dijadikan semangat untuk anak-anak muda serta remaja di luar yang menyaksikan persembahan mereka bagi sama-sama untuk mempelajari ilmu Gayong ini.
Persembahan berikut dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) pimpinan Cikgu Helmi, syukur walau pun baru beberapa minggu memulakan latihan dan antara persilat terbaru dari gelanggang tersebut juga mampu untuk menyumbangkan sedikit permainan dalam majlis walimatul urus pada petang tersebut. Dengan gaya yang boleh dikatakan baik selari dengan pencapaian mereka sebagai ahli baru PSSPGM Gelangang IPTB cukup memberikan impak yang tinggi agar bakal-bakal Guru ini mengetahui serta mewarisi ilmu turunan wali kesakti serta kehebatan bangsanya sendiri iaitu bangsa Melayu. Mudah-mudahan ianya dapat terus dan terus bersama mempelajari, mewarisi dan hingga dapat mengembangkan ilmu ini pada generasi akan datang,insya'Allah.
Selepas selesai semua persembahan asas oleh anak-anak Gayong, kini tiba giliran para jurulatih yang tinggi, para jurulatih muda yang diwakili oleh Cikgu Atan Jr., Cikgu Man Jr., Cikgu Shuhaimie @ Spark dan Cikgu Madi dari gelanggang Nyior Sebatang dan Gelanggang Stunami,Batu Feringhi. Selesai sudah kesemua asas dan persembahan tapak Gayong, kini tibalah masanya pula anak-anak Gayong bagi memulakan persembahan seni tempur. Persembahan dimulakan oleh anak-anak muda dari gelanggang Nyior Sebatang dengan permaianan tapak Gayong seni tangan kosong.
Dengan permainan sepak terajang, pukul memukul, lompat melompat bertempur cukup mengasyikkan para penonton dengan telatah yang kadang kala melucukan dipamerkan oleh anak-anak muda ini. Seterusnya persembahan permainan senjata oleh jurulatih dan pembantu jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang yang dimulakan dengan persembahan Seni Simbat oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Sekolah Menengah Alma dan gelanggang Batu feringhi oleh Cikgu Shuhaimie dan Madi dibawah pimpinan Cikgu Redzuan. Sejauh perjalanan mereka, sejauh itu juga permainan mereka.
Dengan kemantapan yang semakin hari semakin maju dengan teknik-teknik serta kemahiran yang tinggi mereka mampu memberikan satu persembahan yang cukup memberansangkan. Setelah selesai permainan seni simbat, kini maju pula Cikgu Atan Jr. berpasangan dengan Cikgu Man Jr. dengan aksi permainan Parang dan Rotan Panjang. Persembahan terakhir oleh wakil tuan rumah rumah Cikgu Zul yang berpasangan dengan Cikgu Helmi dengan permainanan Seni Parang Panjang.
Walau masih dalam keadaan lembab dan dipenuhi air, namun dengan keserasian yang ditunjukkan oleh kedua-dua jurulatih ini berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik walau sudah 5 bulan berehat akibat kecederaan yang dialami oleh Cikgu Zul pada persembahan kali terakhir pada bulan Mei lepas. Akhir sekali pertunjukkan seni lompatan daripada pesilat dan jurulatih yang menjadi trademark Gayong.... Sama-samalah menghayatilah pantun seruan ini..
"Tanah Melaka Tanah Pusaka,
Tempat Lahir Panglima Negara,
Wahai Pemudi Juga Pemuda,
Bangunlah Kamu Mempertahankan Negara.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan