Alhamdulillah dari satu ke satu majlis yang mana antara acara atau slot wajib yang ditunjukkan adalah pertunjukkan seni mempertahankan diri dari warisan pusaka bangsa melayu. Pada 18 Oktober yang lalu,bertempat di Pangsapuri Masjid Terapung,Batu Feringhi sempena majlis sambutan dan jamuan makan Hari Raya Aidilfitri. Dengan inisiatif ini,pihak pengurusan pangsapuri telah bersetuju bagi bersama-sama dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Gelanggang Pangsapuri Masjid Terapung dibawah kelolaan Cikgu Ridzuan bagi membuat persembahan silat pada mala tersebut. 2Pada kira-kira jam 8.00 malam,anak-anak Gayong terutama dari gelanggang tuan rumah sudah bersiap sedia bagi persembahan yang bakal dijalankan pada jam 9.00 malam. Dengan semangat serta kesungguhan daripada pesilat-pesilat kecil cukup membuatkan saya terharu. Dengan telatah serta gaya mereka cukup membuatkan para hadirin untuk tersenyum riang dan kadangkala mencemaskan dengan aksi spontan dan adakalanya yang secara tidak disengajakan.
3Namun apa yang penting adalah kekuatan serta semangat dari anak-anak muda ini,cukup untuk memberikan keyakinan yang mana seni silat ini masih boleh diterima seterusnya diwarisi oleh generasi hari ini untuk dikembangkan pada masa akan datang. Bagi kita generasi sekarang adalah seharusnya memberikan sepenuh sokongan serta ruang untuk mereka mempelajari serta memahami erti sebenar akan rahsia kekuatan orang melayu dulu untuk cuba dipraktikkan agar dapat membela agama,bangsa dan negara pada suatu hari nanti..Insya'Allah....













Tiada ulasan:
Catat Ulasan