Bersyukur kehadrat Ilahi dengan berkat syafaat-Nya satu lagi program dibawah anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Bahagian Negeri Pulau Pinang di bawah kelolaan sepenuhnya Cawangan Bagan satu Kursus Insetif serta Ujian Kenaikkan bengkong telah dijadualkan berlansung pada 5 dan 6 Desember 2009 bertempat di Surau bayu Mutiara,Bukit Minyak.Program yang mana akan mengumpulkan anak-anak Gayong dari gelanggang-gelanggang dibawah pentadbiran Cawangan Bagan bagi bersama menjalakan latihan secara bersama dengan bantuan serta tunjuk ajar dari para jurulatih dengan lebih teliti seterusnya ujian kenaikkan bengkong bagi peserta yang telah menyiapkan diri untuk melalui satu peringkat dimana ianya adalah satu kepastian yang wajib dilalui oleh setiap anak Gayong bagi meneruskan tradisi serta kesinambungan dan sebagai tanda seseorang penuntut Gayong bagi melalui tahap-tahap silibus yang telah ditetapkan oleh PSSPGM Pusat.

Kekuatan Diri: Srikandi Juga Mampu Melakukannya..
Semoga dengan adanya program sebegini dapatlah kiranya generasi-generasi muda mengambil peluang agar Seni Silat melayu tidak dilupakan selain dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama Islam.. Semoga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan sempurna.Yuran Pendaftaran:
- Latihan & Ujian Pra Putih ~ RM36.00
- Latihan & Ujian Awan Putih ~ RM39.00
- Latihan & Ujian Pelangi Hijau ~ RM44.00
- Latihan & Ujian Pra Merah ~ RM54.00
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila berhubung terus dengan;
Cikgu Halimi: 013-5242693












Tiada ulasan:
Catat Ulasan