Berkumpul di pejabat Taman Negara pada pukul 6.00 petang bagi pendaftaran masuk yang wajib bagi setiap pengunjung yang berhajat untuk memasuki hutan simpan Taman Negara Pulau Pinang ini sama ada melalui jalan darat atau pun laut bertujuan bagi bersama menjaga faktor keselamatan, jumlah pengujung yang berada didalam hutan, barang-barang dan alatan yang digunakan agar tidak mencemar serta merosakkan flora dan fauna Taman Negara.
Pengalaman: Peserta Berpeluang Melihat Keindahan Hutan Semasa Dalam Perjalanan Ke Rumah Api Muka Head
Pada jam 7.00 petang kumpulan pertama berangkat ke Teluk Duyung dengan menaiki bot berangkat dengan suasana petang yang cukup indah untuk di abadikan sebagai kenangan serta pengalaman indah buat anak-anak Gayong serta Jurulatih yang turut serta pada perkhemahan kali ini. Dengan berbekalkan ikatan silatulrahim dan ukhwah yang tinggi kesemua bersama bergabung tenaga dengan bantuan awak-awak yang membawa kami bagi membina khemah dan menyalakan unggun api berhampiran Bangalow tinggalan Boon Siew dalam suasana hari yang sudah hampir gelap dan sunyi..
Latihan: Peserta Diberi Ruang Untuk Mengilhamkan Sendiri Pentas Dengan Gaya Serta Cara Mereka Sendiri
Syukur segala apa yang dirancang berjalan lancar walau dalam keadaan yang serba kekurangan, sedikit pun tidak melemahkan kami untuk meneruskan segala aktiviti yang telah diatur. Pada pukul 8.00 malam, rombongan kumpulan kedua yang membawa khemah serta bekalan makanan tiba di sambut dengan hujan yang agak lebat namun iannya hanya seketika. Inilah rahmat Tuhan kepada kami, diberikan masa, kesempatan dan ruang untuk kami bersama menjadikan perkhemahan kali ini satu tanda yang akan sentiasa terpahat buat selama-lamanya.
Peserta Termuda Kursus: Adik Murshid Dari Kulim Bergambar Bersama Cikgu Fuzi Semasa Perjalanan Pulang
Setelah selesai khemah dan unngun api dinyalakan para peserta bekerjasama bertungkus-lumus bagi memasak dan antara menu utama kami pada malam itu adalah sotong goreng tepung yang diberikan oleh nelayan dengan bantuan awak-awak yang membawa kami ke sana, terima kasih yang tak terhingga dengan bantuan serta pertolongan bagi memudahkan kem kami pada hari tersebut.
Keindahan: Bergambar Sebagai Tanda Kenangan Semasa Berada Diatas Rumah Api Muka Head Berlatarbelakangkan Selat Melaka
Latihan pertama dijalankan pada jam 11.30 malam selepas kesemua peserta dan jurulatih menjamu selera dengan hidangan yang cukup istimewa walau terpaksa makan dan menjalankan latihan didalam keadaan yang agak suram. Satu lagi pengalaman yang mungkin mana sukar untuk dilupakan, sengaja dipilih Teluk Duyung sebagai destinasi kem kerana ia sedikit sebanyak dapat mengajar erti kesusahan serta kepayahan yang patut dilalui. Selesai latihan pertama, peserta dibahagikan kumpulan bagi menjaga kawasan perkhemahan secara bergilir-gilir dan diberi peluang bagi yang mempuyai hobi memancing untuk memancing pada malam tersebut hingga ke pagi.
Pada jam 10 pagi kami bersiap-siap bagi meneruskan perjalanan ke Rumah Api Muka Head (Muka Head Light House) yang tidak berapa jauh dari tempat kami berkhemah, kira 1.2 kilometer kami berjalan mengharungi bukit dan jalan yang penuh dengan cabaran pendakian kami tiba di tempat yang dituju pada kira-kira jam 10.45 pagi. Alangkah indahnya apabila kami tiba melihat Rumah Api yang pertama akan ditemui kapal atau pendagang yang memasuki perairan Selat Melaka dengan kedudukan 5° 28.2'U dan 100° 11'T dan ketinggian bagunan setinggi 14meter diatas puncak bukit yang dibina pada tahun 1881 dengan julat penglihatan sejauh 25 Batu Nautika dengan kos pembinaan £ 37,929, satu pengalaman dantinggalan sejarah yang patut diketahui oleh warga Pulau Pinang.
Rumah Api Muka Head: Rumah Api Pertama Yang Akan Ditemui Kapal-Kapal Yang Memasuki Perairan Selat Melaka
Selepas kami berehat dan menikmati pemandangan selat melaka dari menara peninjau Rumah Api kami bertolak pulang ke tapak perkhemahan pada jam 1.30 petang dan tiba kira-kira 2.10 petang. Aktiviti seterusnya adalah Latihan terakhir sebelum makan dan berangkat pulang. Kali ini para peserta didedahkan dan diberi peluang bagi mencipta serta mengeluarkan idea-idea sendiri bagi penyediaan untuk sesuatu persembahan silat. Memang mengasyikkan, dengan kreativiti serta kerjasa yang erat atara pasangan menjadikan ia sebagai satu tarikkan pelancong untuk merakamkan aksi serta seni yang ditunjukkan dalam latihan petang tersebut.
Selepas selesai latihan dan makan petang, kami mula bersiap-siap meruntuhkan khemah serta membersihkan kawasan sebelum meninggalkan tapak perkhemahan pada jam 5.00petang dan tiba di pintu masuk taman negara pada kira-kira jam 6.30 petang dan bersurai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan