Seni: Setiap Langkah Memerlukan Tunjuk-Ajar Serta Latihan Yang Secukupnya
Sudah hampir sebulan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong atau lebih sinonim dan dikenali KILUUB oleh anak-anak Gayong Pulau Pinang. KILUUB 2010 telah dijalankan di perkarangan Masjid Al-Ridzuan Nyior Sebatang pada 2 hingga 4 Julai yang lalu. Walau tidak seperti selalu dan seramai selalu KILUUB kali ini tetap berjalan dengan jayanya walau ada halangan dari sesetengah guru dan jurulatih yang lebih mementingkan ego serta "bodoh sombong" yang ditunjukkan amat nyata dan bukan saja disedari oleh anak-anak Gayong terutama jurulatih malahan pihak Masjid serta anak Khariah Nyior Sebatang sendiri.
Trademark: Lompatan Antara Latihan Asas Yang Wajib Dikuasai Oleh Setiap Pesilat
Inilah hakikatnya pengorbanan dan ungkapan taat setia yang sering dipertikaikan dengan sahsiah atau tingkah laku yang tidak pernah berubah walau dengan faktor umur. Namun segala pahit manis kenangan di KILUUB kali mungkin sedikit sebanyak dapat mengambarkan sesuatu fenomena yang dapat dikaji terutama Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang untuk mengambil tindakan susulan diatas sikap salah seorang jurulatih yang sama sekali tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata yang ianya hanya layak diberikan kepada dirinya sendiri.
Srikandi: Kini Wanita Juga Mampu Berpencak Sehebat Lelaki
Kita tinggalkannya dan berbalik kepada laporan ringkas Khemah Ibadah,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong kali ini..Seperti yang diutarakan diatas jumlah peserta kali ini amat kurang memuaskan terutamannya dari gelanggang di sebelah seberang perai dengan hanya berwakilkan kurang dari sepuluh orang dari 80 peserta yang selebihnya dari sebelah pulau. Persoalannya,dimanakah anak-anak Gayong ini semua? Kenapa tiada sebarang wakil daripada anak-anak Gayong yang terdekat? Mengapa masih ada masalah untuk menghantar ke kursus yang telah menjadi acara tahunan kita? Mengapa tiada usaha untuk memajukan silat ini pada pandangan masyarakat? tepuk dada tanyalah hati.....
Seni Combat: Cikgu Wan Memperhaluskan Agar Pesilat Kenal Akan Keunikan Serta Kehebatan Buah Gayong
Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan 3 Jurulatih yang berusaha sesungguhnya akhirnya dapat juga program ini dijalankan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Atan yang banyak bekorban masa dan tenaga untuk memastikan keselesaan tempat latihan,tempat tidur dan sebagainya walau akhirnya orang lain yang mendapat pujian serta nama! Juga terima kasih kepada Cikgu Ezani @ Abg Long yang banyak memberikan buah fikiran,idea-idea serta pertolongan dari segi masa & tenaga hinggakan sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjadikan program ini sebagai yang terbaik untuk anak-anak Gayong. Disini saya sebagai wakil pertubuhan ingin juga memberikan sekalung penghargaan kepada anak buah Cikgu Ezani yang tak putus-putus membantu dari segi keselamatan menjadi sukarelawan yang dibentuk dari hati yang suci & ikhlas bukan sebagai hamba.. Terima kasih..jasa kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya...
6 ulasan:
tahniah atas kejayaan program.
biasalah, mana-mana penganjuran, ketidakpuasan hati itu ada. jangan fokus pada yang negatif. lihat yang positif.
anggaplah silat ini sebagai ibadah!
dan pesilat yang hebat umpama padi, semakin berisi semakin tunduk.
terima kaseh diatas komen yang amat bermakna dan membina..semoga apa yang berlaku dapat kita jadikan tauladan untuk generasi hadapan berhadapan mungkin lebih teruk dari apa yang berlaku hari ini....
Salam. Syabas Cikgu Mi kerana menjadi teraju (pengarah) KILUUB.
Semoga di ambang Ramadhan kita akan diberi peluang oleh Allah beribadah dengan sebaik mungkin dan silaturrahim di antara kita bertambah intim.
Selamat menyambut bulan Mubarak.
insya'Allah...semoga ramadhan kali ini lebih terang cahayanya dari yang sebelum2... abg long pun dah mula kembali aktif, moga2 pasni hajat dia nak gerakkan semula jentera skuad demo yang dah semakin kabur akan berjaya... 8 ogos ni kami ada persembahan,mungkin yang terakhir sebelum berehat puasa di teluk kumbar anjuran sahabat silat kta gayung penggerak pulau pinang yg melibatkan 8 pertubuhan termasuk pusaka gayong dari jam 3ptg hingga 6ptg..
wahhh gambar sy ade lah ! haha.. hujung tahun ni, insyaAllah sy ke gurun ;D
so nak kena wat pengumuman ke yg mana satu gambar cik aina tue erkk...?
Catat Ulasan