Sabtu, 18 Julai 2009

Majlis Perlimau Gayong & Mandi Seni

Alhamdulillah,pada tanggal 12 Julai 2009 berlansungnya satu majlis Perlimau Gayong (mandi tapak) dan Mandi Seni bertempat di Dewan Orang Ramai Bakar kapor,Penaga dibawah kelolaan Cawangan Bagan dan disempurnakan oleh yang berbahagia lagi disayangi Ayahda Cikgu Abdul Majid Mat Isa.
'
Majlis bermula seawal pagi dengan kerjasama oleh jawatankuasa guru-gurulatih cawangan Bagan yang tidak putus-putus berusaha demi menjayakan majlis begini yang mana melibatkan ribuan ringgit,sikap tulus serta kejujuran yang ditunjukkan diantara satu sama lain dapat dijadikan sebagai satu contoh yang baik kepada pelapis generasi baru masa kini.

Tapak Tujuh Oleh Ketua Jurulatih: Antara Adat istiadat Gayong yang masih dikekalkan
'
Hampir 100 orang pesilat baru dari 4 gelanggang berkumpul bersama berikrar taat setia menerima sabagai anak Gayong.Antara tetamu yang hadir bersama Cikgu Majid,anakda beliau Cikgu Khohar,Cikgu Abby,Cikgu Fuzi & Cikgu Nizam bersama-sama bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut.
'
Juga hadir sebagai tetamu jemputan adalah Cikgu Aliff Afnan dari Cawangan Nyior Sebatang,Saya sendiri,anak-anak Gayong lama Penaga dan para Ibu-Bapas pesilat sebagai tanda sokongan pada majlis yang dianjurkan.

Buka Gelanggang: Sembah Tari Dipersembahkan Oleh Salah Sseorang Pembantu Jurulatih

Selepas selesai majlis mandi,para tetamu disajikan dengan persembahan silat daripada kesemua anak-anak Gayong yang mengambil bahagian dalam upacara mandi dari gelanggang-gelanggang tuan rumah,gelanggang sek menengah sri muda,gelanggang permatang kuang dan gelanggang taman bayu mutiara bukit tengah.

Satu persembahan yang menarik ditunjukkan oleh anak-anak Gayong dengan semangat serta permainan yang semakin baik sedikit sebanyak dapat menghiburkan para tetamu serta hadirin yang hadir pada hari tersebut.Moga-moga untuk masa-masa akan datang,mutu permainan akan lebih baik demi memartabatkan silat Gayong dimata Dunia.
Mandi: Sapa Yang Taknak,Jika Mandi Pun Ada Orang Yang Siramkan..
'
Mudah-mudahan kesinambungan seni warisan bangsa ini dapat diwarisi serta diperkembangkan kepada generasi akan datang agar kesenian melayu tua ini tidak akan hanya diketahui dari cerita-cerita atau buku-buku sejarah dan dilupakan sampai bila-bila,insya'Allah.

Apa yang kami harapkan adalah keredhaan serta petunjuk agar apa yang kami lakukan ini mendapat berkat serta syafaat dari Allah s.w.t.
*Kenangan: Antara Gambar Yang Sempat Dirakamkan Pada Majlis Tersebut


.."Seni Gayong Seni Pusaka,
Di Pimpin Oleh Putra Negara,
Supaya Dapat Taat Setia,
Amanah Guru harus Dijaga"..

Selasa, 14 Julai 2009

Jemputan Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Imam Khalifah Besar


Rujukan Kami : PSSPGM/MJKA/09/07/10(02)
Tarikh : 10 Julai 2009


Majlis Adat Istiadat,
Majlis Jawatan Kuasa Agung,
Majlis Gurulatih,
Rakan-rakan &
Pejuang-pejuang Gayong

Assalamualaikum.

JEMPUTAN KHAS KE MAJLIS PERJUMPAAN RAMAH MESRA BERSAMA KETUA IMAM KHALIFAH BESAR DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM, MAJLIS ADAT ISTIADAT, MAJLIS JAWATAN KUASA AGUNG , MAJLIS GURULATIH,& KESEMUA PEJUANG SENI GAYONG


Adalah dengan penuh hormat dan sukacitanya dijemput Dato’ Sri/Dato’/Cikgu/ Tuan/Puan ke majlis Perjumpaan Ramah Mesra diantara semua pimpinan Gayong seperti berikut;

Tarikh : 2 Ogos 2009 Hari Ahad
Jam : 2.00 petang
Bertempat di : 1111, Denai Dato Hj Hashim, Rumah Rehat,
Jalan Titi Hayun, Yan Kecil, 06900 Yan,
Kedah Darul Aman.

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan aluan Ayahanda Dato’ Cikgu Abdul Majid Mat Isa
3. Ucapan Khas Dato Sri Anwar Ibrahim Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Gayong
4. Sesi ramah mesra, penerangan, cadangan, saranan & soal-jawab.


Diucapan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak Dato’ Sri/Dato’/Cikgu/ Tuan/Puan.Semoga diberkati diatas segala usaha yang murni ini. Sekian terima kasih.
Wassalam

Yang Berhajat;
Dato’ Cikgu Abdul Majid Mat Isa
Guru Utama / Yang Dipertua
Majlis Jawatan Kuasa Agong
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

Ahad, 12 Julai 2009

Detik-Detik Bersejarah...

Pada malam 11 Julai menjadi satu sejarah apabila pertemuan yang pertemuan yang tak dirancang diantara dua cawangan Pusaka Gayong Pulau Pinang dari Sg.Ara dan Cawangan Air Itam yang diketuai oleh Cikgu Ismail chik.

Kebetulan pada malam itu selepas habis latihan di gelanggang flat hijau sungai nibong,seperti biasa para jurulatih akan minum di kedai tomyam highway berhampiran dengan gelanggang.Saya juga kebetulan berada di situ untuk membincangkan program yang akan dianjurkan oleh majlis guru-guru bersama-sama dengan Cikgu Pa dan Cikgu Mael Bomba.

Tradisi: Masih Berbincang Berkenaan Gelanggang Walau Di Kedai Makan
'
Agak mengejutkan dalam sedar tak sedar berhenti dua biji kereta dan yang turun dari situ adalah seorang Guru Gayong lama dan tak lain dan tak bukan adalah Cikgu Ismail Chik yang juga yang dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Negeri yang kebetulan singgah di kedai yang sama untuk makan bersama-sama anak-anak buah beliau Cikgu Dicky,Cikgu Baba dan ramai lagi.

Mula-mula kami hampir tidak kenal memandangkan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kedai dipenuhi dengan pelanggan. Bila Cikgu Mael bomba menegur,kami semua terus menegur dan pada mulanya beliau juga hampir tidak perasan. Mungkin dah lama tidak bertemu muka,alhamdulillah beliau akhirnya membalas teguran kami dengan senyuman dan berkata "Kecilnya Dunia Ini" itu yang saya masih ingat.
Detik-Detik Bersejarah: Bertanya Khabar Diantara Satu Sama Lain

Lalu kami terus duduk dan sedikit sebanyak sebanyak dapatlah berbincang serta bertanya khabar diantara satu dengan yang lain. Saya cukup terharu dengan sambutan daripada anak-anak Gayong yang lain walau pernah diberitakan tentang permasalahan dalaman diantara kami tetapi kami masih boleh bersama,duduk semeja,makan bersama,bergurau senda dan berbincang tentang perjalanan gelanggang masing-masing.
'
Mudah-mudahan ini bukan pertemuan pertama dan terakhir,apa yang saya harapkan sepertimana tujuan utaman blog ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul seberapa banyak anak-anak Gayong baik yang lama mahu pun yang baru untuk bersama-sama bersatu demi memartabatkan Gayong di Pulau Pinang,Malaysia seterusnya Dunia Insya'Allah...
'
Mungkin untuk artikel yang akan datang saya akan cuba untuk membuat liputan di Gelanggang Batu Uban yang jurulatihnya adalah Cikgu Ismail sendiri.
Saya juga pernah dipelawa untuk ke gelanggang batu uban bersama-sama berlatih disana.
Kenangan: Bergambar Sebagai Tanda Ikatan Ukwah Yang Terjalin Tidak Pernah Luntur

Sebelum pulang,kami sempat bergambar untuk kenang-kenangan sebagaimana ikatan ukhwah serta ikrar taat setia yang kami semua ungkapkan agar menghormati wakil mahaguru serta seahli segayong dengan kami.

'
.."Pecah Gayong Di Dalam Dulang,
Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Di Satu Masa Kembali Berteguh"..

Jumaat, 10 Julai 2009

Selamat Jalan Cikgu Man...

Pada tanggal 10 Julai 2009,seorang daripada Jurulatih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang telah merantau ke kota metropolitan (Shah Alam)demi menyambut panggilan Proton sebagai pekerja disana.
'
Syukur alhamdulillah,setelah beberapa penantian dan difikir-fikirkan serta mendapat restu dari ibu-bapanya beliau meneruskan langkah ke satu destinasi baru yang mungkin akan mengubah kehidupan serta keadaan.
Kenangan: Bersama Jurulatih-Jurulatih Pulau Pinang Di Pusat Latihan Tertinggi,Gurun Kedah
Walau pun tujuan asal kesana untuk mencari rezeki,tetapi Gayong tetap dihati..
Setibanya di sana beliau ingin mencari gelanggang yang paling hampir dan insya'Allah Cikgu Mie dalam proses menghubungi cawangan disana untuk beliau melepaskan 'ketagih' Bersilat...

Begitulah fenomena anak Gayong bila terlampau cintakan ilmu Gayong,dimana saja berada selagi ada Gelanggang,selagi itulah dia akan terus mencari dan mencari bagi melunaskan kehendak hati untuk bergelanggang.
'
Mudah-mudahan semangat ini akan berterusan walau dalam apa jua keadaan beliau selagi kaki mampu melangkah,selagi itulah Gayong takkan hilang dihati walau dimana kita berada...insya'Allah.
Ikatan Ukwah: Bersama Partner Kesayangan Beliau,Cikgu Atan(Baju Biru),Sahabat SeGayong Cikgu Tengkorak(Baju Merah) & Cikgu Emi Shahril(Baju Putih)
Kami di PSSPGM Pulau Pinang mengucapkan tahniah kerana telah berjaya melangkah kesana dan mudah-mudahan dapat lebih berdikari serta menjaga apa yang telah diikrarkan kita sebagai anak Gayong.

.."Jika Ditepuk Susu Di Dulang,
Anak Harimau Tak Dapat Menyusu,
Jangan Pecah Rahsia Hulubalang,
Nanti Harimau Hilang Asu"..

Sabtu, 4 Julai 2009

BAK-18

Telah menjadi agenda tahunan bengkel atau seminar silat telah dirancang bagi aktiviti tambahan untuk memberi penekanan serta pendedahan kepada anak-anak Gayong untuk memperkuatkan bukan sahaja dari segi kemahiran dalam persilatan tetapi jati diri agar mereka lebih bersedia dalam satu-satu keadaan yang sangat memerlukan tahap kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Oleh itu,dengan inisiatf ini Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang telah mengambil langkah menyediakan program yang berunsurkan pengisian serta latihan silat.
Asas & Teknik: Satu Bengkel Yang Memerlukan Kerjasama Diantara Pesilat & Jurulatih

B.A.K. atau Bengkel Asas Kejurulatihan telah lama diperkenalkan di Pulau Pinang dan kali ini diselenggara sepenuhnya oleh Majlis Guru-Guru Pulau Pinang untuk meneruskan tradisi pada kali yang ke 18 untuk tahun 2009 ini.

Program: Bengkel Asas Kejurulatihan
'
Kali Ke: 18
'
Tempat: Taman Negara Pantai Kerachut,Teluk Bahang Pulau Pinang
'
Tarikh: 11 & 12 Julai 2009
'
Anjuran: Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang
'
Peserta: Terbuka Kepada Semua Anak-Anak Pusaka Gayong Malaysia
'
Yuran Penyertaan: RM10.00
'
Keperluan Wajib Setiap Peserta: Beras 300gram,Ikan Masin,1 Tin Sardin,2 Paket Mee Segera(Maggi),Cawan Serta pinggan.
'
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi: Cikgu Rizduan~ 0194718056 atau Cikgu Helmi~ 0125633904. Juga boleh menghubungi pihak admin Pusaka Gayong Blog melalui email seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com
'
Tarikh Tutup Penyertaan: 9 Julai 2009 jam 10:00mlm.


Aturcara Program


Sabtu 11 Julai 2009

2:00 Ptg ~ Berkumpul Di Pintu Masuk Taman Negara,Teluk Bahang.
2:30 Ptg ~ Pendaftaran & Taklimat.
3:00 Ptg ~ Mula Pendakian.
5:00 Ptg ~ Dijangka Tiba Di Pantai Kerachut.
5:30 Ptg ~ Persiapan Diri,Solat Asar & Mendirikan Khemah.
6:30 Ptg ~ Rehat & Riadah Petang.
7:30 Ptg ~ Solat Magrib.
8:00 Mlm ~ Makan Malam.
9:00 Mlm ~ Solat Isyak.
9:30 Mlm ~ Latihan Silat.
12:00 Mlm ~ Kembara Minda/Rekreasi Malam.
2:00 Pagi ~ Tidur.


Ahad 12 Julai 2009

5:30 pagi ~ Persiapan Diri,Solat,kuliah Subuh Berjemaah.
7:00 pagi ~ Senaman Pagi.
8:30 pagi ~ Sarapan Pagi.
9:00 pagi ~ Aktiviti Bebas & Runtuh Khemah.
12:00 Tghhr ~ Makan Tegahhari & Persiapan Diri.
1:30 Ptg ~ Solat Zohor & Pendakian Pulang.
4:00 ptg ~ Dijangka Tiba Di Teluk Bahang
& Bersurai.

Download Borang Penyertaan Disini

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all