'
Majlis bermula seawal pagi dengan kerjasama oleh jawatankuasa guru-gurulatih cawangan Bagan yang tidak putus-putus berusaha demi menjayakan majlis begini yang mana melibatkan ribuan ringgit,sikap tulus serta kejujuran yang ditunjukkan diantara satu sama lain dapat dijadikan sebagai satu contoh yang baik kepada pelapis generasi baru masa kini.
Tapak Tujuh Oleh Ketua Jurulatih: Antara Adat istiadat Gayong yang masih dikekalkan
'
Hampir 100 orang pesilat baru dari 4 gelanggang berkumpul bersama berikrar taat setia menerima sabagai anak Gayong.Antara tetamu yang hadir bersama Cikgu Majid,anakda beliau Cikgu Khohar,Cikgu Abby,Cikgu Fuzi & Cikgu Nizam bersama-sama bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut.
'
Juga hadir sebagai tetamu jemputan adalah Cikgu Aliff Afnan dari Cawangan Nyior Sebatang,Saya sendiri,anak-anak Gayong lama Penaga dan para Ibu-Bapas pesilat sebagai tanda sokongan pada majlis yang dianjurkan.
Buka Gelanggang: Sembah Tari Dipersembahkan Oleh Salah Sseorang Pembantu Jurulatih
Selepas selesai majlis mandi,para tetamu disajikan dengan persembahan silat daripada kesemua anak-anak Gayong yang mengambil bahagian dalam upacara mandi dari gelanggang-gelanggang tuan rumah,gelanggang sek menengah sri muda,gelanggang permatang kuang dan gelanggang taman bayu mutiara bukit tengah.
Satu persembahan yang menarik ditunjukkan oleh anak-anak Gayong dengan semangat serta permainan yang semakin baik sedikit sebanyak dapat menghiburkan para tetamu serta hadirin yang hadir pada hari tersebut.Moga-moga untuk masa-masa akan datang,mutu permainan akan lebih baik demi memartabatkan silat Gayong dimata Dunia.
Mandi: Sapa Yang Taknak,Jika Mandi Pun Ada Orang Yang Siramkan..
'
Mudah-mudahan kesinambungan seni warisan bangsa ini dapat diwarisi serta diperkembangkan kepada generasi akan datang agar kesenian melayu tua ini tidak akan hanya diketahui dari cerita-cerita atau buku-buku sejarah dan dilupakan sampai bila-bila,insya'Allah.
Apa yang kami harapkan adalah keredhaan serta petunjuk agar apa yang kami lakukan ini mendapat berkat serta syafaat dari Allah s.w.t.
*Kenangan: Antara Gambar Yang Sempat Dirakamkan Pada Majlis Tersebut
.."Seni Gayong Seni Pusaka,
Di Pimpin Oleh Putra Negara,
Supaya Dapat Taat Setia,
Amanah Guru harus Dijaga"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan