Pada malam 11 Julai menjadi satu sejarah apabila pertemuan yang pertemuan yang tak dirancang diantara dua cawangan Pusaka Gayong Pulau Pinang dari Sg.Ara dan Cawangan Air Itam yang diketuai oleh Cikgu Ismail chik.
Kebetulan pada malam itu selepas habis latihan di gelanggang flat hijau sungai nibong,seperti biasa para jurulatih akan minum di kedai tomyam highway berhampiran dengan gelanggang.Saya juga kebetulan berada di situ untuk membincangkan program yang akan dianjurkan oleh majlis guru-guru bersama-sama dengan Cikgu Pa dan Cikgu Mael Bomba.
Tradisi: Masih Berbincang Berkenaan Gelanggang Walau Di Kedai Makan
'
Agak mengejutkan dalam sedar tak sedar berhenti dua biji kereta dan yang turun dari situ adalah seorang Guru Gayong lama dan tak lain dan tak bukan adalah Cikgu Ismail Chik yang juga yang dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Negeri yang kebetulan singgah di kedai yang sama untuk makan bersama-sama anak-anak buah beliau Cikgu Dicky,Cikgu Baba dan ramai lagi.
Mula-mula kami hampir tidak kenal memandangkan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kedai dipenuhi dengan pelanggan. Bila Cikgu Mael bomba menegur,kami semua terus menegur dan pada mulanya beliau juga hampir tidak perasan. Mungkin dah lama tidak bertemu muka,alhamdulillah beliau akhirnya membalas teguran kami dengan senyuman dan berkata "Kecilnya Dunia Ini" itu yang saya masih ingat.
Detik-Detik Bersejarah: Bertanya Khabar Diantara Satu Sama LainLalu kami terus duduk dan sedikit sebanyak sebanyak dapatlah berbincang serta bertanya khabar diantara satu dengan yang lain. Saya cukup terharu dengan sambutan daripada anak-anak Gayong yang lain walau pernah diberitakan tentang permasalahan dalaman diantara kami tetapi kami masih boleh bersama,duduk semeja,makan bersama,bergurau senda dan berbincang tentang perjalanan gelanggang masing-masing.
'
Mudah-mudahan ini bukan pertemuan pertama dan terakhir,apa yang saya harapkan sepertimana tujuan utaman blog ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul seberapa banyak anak-anak Gayong baik yang lama mahu pun yang baru untuk bersama-sama bersatu demi memartabatkan Gayong di Pulau Pinang,Malaysia seterusnya Dunia Insya'Allah...
'
Mungkin untuk artikel yang akan datang saya akan cuba untuk membuat liputan di Gelanggang Batu Uban yang jurulatihnya adalah Cikgu Ismail sendiri.
Saya juga pernah dipelawa untuk ke gelanggang batu uban bersama-sama berlatih disana.
Kenangan: Bergambar Sebagai Tanda Ikatan Ukwah Yang Terjalin Tidak Pernah LunturSebelum pulang,kami sempat bergambar untuk kenang-kenangan sebagaimana ikatan ukhwah serta ikrar taat setia yang kami semua ungkapkan agar menghormati wakil mahaguru serta seahli segayong dengan kami.
'
.."Pecah Gayong Di Dalam Dulang,
Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Di Satu Masa Kembali Berteguh"..
3 ulasan:
Salam..Agak lama tak bertemu dengan Cikgu mail. Itulah guru saya, cikgu rusli dan cikgu fauzi di gelangganmg sungai ara yang pertama.
sudah lama juga x berjumpa Cikgu Helmi.. bkn setakat lama tp belom prnh bersua empat mata..hehe
Yang penting kerjasama.. Lov wonderpet
Pada saudara ariff budiman,jika mahu berjumpa cikgu mail boleh la ke gelanggang batu uban pada hari jumaat malam. Insya'Allah dia ada di sana.
Amboi2.....cik nana,main2 nampakk..
nak kena neh! hehe..
Catat Ulasan