Isnin, 1 Jun 2009

KILUUB 2009(Masjid Al-Huda,Sg.Ara)

Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran serta keteguhan semangat juang yang tinggi anak-anak gayong pulau pinang,setelah 3 hari bersusah-payah mengharungi segala pahit getir dalam menjalani kursus yang dianjurkan oleh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang 2009(KILUUB atau Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong) yang dijalankan dengan jayanya hasil usaha sama Majlis Guru-Guru,para Jurulatih dan AJK Masjid Al-Huda Sungai Ara yang bertungkus-lumus bagi menjaya serta merialisasikan impian anak-anak gayong untuk dinaiktaraf serta diuji tahap kemampuan mereka hasil dari tunjuk ajar jurulatih gelanggang masing-masing.

Seramai 160 peserta mengambil bahagian dari Kursus dan Ujian Pra Putih hinggalah ke Ujian Pra Merah yang datang dari gelanggang ,umur dan latar belakang yang berbeza.


Pewaris Srikandi: Semangat Beginilah Yang Harus Kita Tiupkan Agar Generasi Sekarang Mengenal & Mewarisi Seni Silat Melayu

Bermula dari 29 Mei hingga 31 Mei 2009 anak-anak gayong diberi penekanan,tunjuk-ajar serta bimbingan yang tiada berbelah bahagi demi memantapkan serta melahirkan pesilat yang berkualiti tanpa menghiraukan masa tidur serta keletihan.

Sesuatu yang harus kita ingat asal erti pengorbanan yang telah diberikan untuk dijadikan sebagai satu contoh yang terbaik untuk kita peraktikan serta teruskan apabila pulang ke gelanggang masing-masing.

Begini Caranya: Ini Teknik Yang Betul,Mungkin Itu Yang Cuba Diterangkan Oleh Cikgu Meor


Pada hari kedua latihan 30 Mei,anak-anak gayong sekali lagi diberikan pengkhususan kali terakhir sebelum ujian pada sebelah petangnya. Pada jam 5ptg,ujian dmulakan secara berperingkat dari Pra Putih hinggalah ke Pra Merah(Jurulatih Muda).


Dengan kerjasama yang kuat & baik diatara jurulatih,ujian dapat dihabiskan sepenuhnya pada jam 7ptg.

Syukur Alhamdulillah,sepanjang ujian berjalan tiada berlaku perkara-perkara yang tidak diigini dengan keadaan cuaca dalam keadaan sangat baik.

Semangat: Siapa Kata Wanita Tidak Mampu Bersilat Dengan Baik?

Pada sebelah malamnya,acara kemuncak majlis penyampaian sijil dan bengkong pada para peserta kursus serta diakhiri dengan persembahan seni silat para peserta,wakil PSSPGM Negeri & Pusat.

Dengan aksi-aksi menarik serta ketangkasan yang ditunjukkan oleh anak-anak gayong yang mengambil bahagian dalam persembahan pada malam itu berjaya menarik minat para tetamu dari khariah masjid,ibubapa dan para peserta kursus.

Siap Sedia: Mengambil Tempat Dalam Barisan Masing-Masing

Pada hari terakhirnya 31 Mei selepas solat dan kuliah subuh berjemaah,anak-anak gayong beramai-ramai berganding bahu bersama para jurulatih bergotong royong membersihkan masjid sebelum meninggalkan laman bersejarah itu. Disinilah antara nilai-nilai murni yang cuba diterapkan kepada anak-anak muda ini selain dari solat lima waktu berjemaah,menghormati arahan jurulatih,bersua kenal sesama sendiri serta mendisplinkan diri.
Mudah-mudahan ianya akan menjadi kebiasaan dan dapat diterap serta diamalkan apabila pulang ke tempat masing-masing,Insya’Allah. Selepas gotong royong selesai,anak-anak gayong sekali lagi diberikan penerangan penutupan kursus serta sijil penyertaan sebagai tanda mereka telah Berjaya menamatkan program yang juga acara tahunan ini.

Kenangan: Para Jurulatih Bergambar Kenangan Selepas Selesai Majlis Penyampaian Bengkong & Sijil

Segayong,Sekendi,Seperigi,Seminum,
Sejalan,Sejadi,Sedarah,Sedaging,
Sepadu..





*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan*

“Tanah Melaka Tanah Pusaka,
Tempat Lahir Panglima Negara,
Wahai Pemudi Juga Pemuda,
Bangunlah Kamu Mempertahankan Negara”

Tiada ulasan:

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all