Selain kesibukkan adakalannya banyak aktiviti serta program-program yang melibatkan PSSPGM Negeri Pulau Pinang tidak dapat dirakamkan gambar sebagai bahan utama yang selalu kami kongsikan bersama dengan anda. Insya'Allah, kami akan memempertingkatkan mutu dari segi info serta maklumat terkini mulai sekarang sempena tahun baru 2010 ini.
Sesungguhnya, dari awal bulan 12 hinggalah ke 9 Januari 2010 PSSPGM Pulau Pinang tak putus-putus diberi keutamaan bagi mempersembahkan salah satu dari seni warisan melayu yang masih terpelihara keseniannya di negeri Pulau Pinang ini.
Alhamdulillah, sambutan dari hari ke hari makin meningkat walau pun dalam sedar atau tidak ada sekelompok manusia yang tidang senang dengan semua ini namun kami teruskan jua. Niat kami ikhlas bagi menyambung serta cuba memperketengahkan seni silat di negeri ini sebaik yang kami mampu.
Disini kami ingin tekankan yang Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia akan memerima sesiapa atau mana-mana pihak, pertubuhan, ngo atau parti politik sekali pun jika benar niat untuk menjemput kami untuk mengadakan persembahan pencak silat dan tidak mengira dari mana datangnya jemputan itu selagi ianya tidak melanggar perlembangaan Gayong dan Agama Islam.
Alhamdulillah..dengan berkat kesabaran, kesepakatan serta pengalaman kami melakukan persembahan seni silat akhirnya kami berjaya jua bagi mengisi masa lebihan yang sememangnya telah dirancang untuk kami membuat persembahan pada petang tersebut. Terharu dengan pengunjung-pengunjung serta ajk yang terlibat pada petang tersebut dengan sambutan serta penerimaan kami untuk mempersembahkan seni silat melayu cukup kami banggakan. Dengan bersemangat ada yang membawa keluarga siap sedia dengan tikar membanjiri di sekitar hadapan dan sisi kanan kami cukup membuatkan semangat kami berkobar-kobar untuk memulakan persembahan pada hari tersebut.
Persembahan kami dimulakan dengan tapak sembah satau tari solo oleh Cikgu Aliff dan diteruskan dengan persembahan dari anak-anak Gayong Nyior Sebatang dengan tari sembah berkumpulan serta serangan bertali arus yang disajikan oleh anak-anak kecil yang lincah dengan gaya dan gelagat yang kadang kala mencuit pandangan tetamu pada hari tersebut. Seterusnya satu persembahan yang tak dirancang iaitu persembahan asas dan serangan dalam baris oleh jurulatih-jurulatih yang ditangkap muat dalam sedar dan separuh sedar..lawak tul, apa-apa pun syukur tiada berlaku sebarang kecelakaan dan benda-benda yang tak diingini berlaku.
Bersemangat: Cikgu Spark & Cikgu Madie Dari Gelanggang Batu Feringhi
'
Seterusnya pesembahan kembali kepada anak-anak Gayong, kali ini dari gelanggang Bakar Kapor Penaga dengan persembahan masal da juga tempur berantai yang cukup menarik dengan gaya serta mutu permainan yang semakin hari semakin baik. Mudah-mudahan ini akan menjadi titik mula dan berterusan hingga selama-lamanya agar menjadi punca serta pembakar semangat untuk meneruskan warisan ini pada generasi akan datang insya'Allah... Selepas selesai seni tangan kosong, satu permainan dari tiga puteri dengan gaya dan cara yang tersendiri mempersembahakan permainan mereka. Cukup bertenaga dan memukau perhatian para hadirin dan pengunjung pada petang tersebut, semoga dengan ini akan menaikkan semangat melayu untuk meneruskan selain menjaga khazanah yang tidak ternilai ini.
Hebat: Kepantasan Mengawal Gerak Badan Diiringi Kemahiran Yang Tinggi
'
Persembahan yang seterusnya pengunjung disajikan dengan lompatan asas dan berhalangan dengan teknik serta gaya-gaya yang memerlukan latihan secukupnya bagi melakukan aksi-aksi sebegini. Setelah selesai, kini bermulalah persembahan seni senjata yang dimulakan dengan seni rotan sebagai pembukaan dari gelanggang bakar kapor dan di ikuti dari gelanggang pangsapuri stunami oleh Cikgu Madie dan Cikgu Spark cukup membuatkan keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ketangkasan serta kelincahan mereka yang sangat menarik perhatian.
Mempersona: Siapa Kata Silat Melayu Tidak Hebat?
Selesai permaianan senjata tumpul, kini bermulalah permaianan seni pisau oleh anak-anak gayong dari gelanggang bakar kapor cukup merisaukan dengan senjata yang digunakan bukanlah senjata tiruan tetapi adalah pisau sebenar. Inilah yang selalu dipraktikkan oleh anak-anak Gayong dan dididik agar tidak pernah takut menggunakan senjata sebenar untuk latihan, persembahan mahu pun keadaan sebenar.. Semoga ia berguna untuk mereka pada suatu hari nanti.
Bertenaga: Aksi Permainan Tempur Parang Panjang
'
Seterusnya permainan parang dan cindai oleh Cikgu Atan Jr. dan Cikgu Aliff Afnan yang semakin hari semakin serasi dan menunjukkan mutu serta gaya yang amat baik. Dengan teknik serta kelincahan yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak mempelajarinya. Semoga ianya akan terus diwarisi dan dijaga hingga ke akhir hayat mereka. Selepas itu, kini tiba pula giliran Cikgu Mon dan Abu mempersembahkan permainan tempur rotan dan parang yang mana ia cukup memukau perhatian dan ada yang sudah mula berganjak dari tempat asal kerana bimbangkan parang yang digunakan terlucut ke arah mereka. Inilah yang dikatakan permainan anak-anak Gayong, dalam kelembutan tari ada kerasnya..ada garangnya,inilah yang diwarisi dan dipeturunkan oleh guru-guru Gayong lama kepada kami bagi menyambung dan mewarisinya.
Akrap: Walau Dari 3 Cawangan Yang Berbeza,Namun Dengan Ikatan Serta Ukhwah Yang Tinggi Anak-Anak Gayong Mampu Mengadakan Persembahan Bersama...
'
Kini tiba pula seni permainan senjata melayu, seni keris yang sememangnya bangsa melayu terkenal dengan senjata perang yang dikenali keris yang menyimpan seribu satu rahsia didalamnya yang masih belum dapat dibongkarkan sepenuhnya. Seni permaianan keris dipersembahkan oleh Cikgu Akmal dan Abu meneruskan kesinambungan kesenian serta kegarangan permainan Gayong. Detik-detik cemas dengan tikaman bertubi-tubi dan elakkan spontan yang ditunjukkan cukup merisaukan para hadirin dan tetamu yang berada di sekitar kawasan itu ditambah pula dengan persembahan terakhir seni parang panjang oleh Cikgu Helmi dan Cikgu Zul jua turut mengundang untuk penonton terus menyaksikan persembahan dengan penuh sabar dan tekun. Syabas semua..! terima kasih sekali lagi kepada Nisa Pulau Pinang Diatas Jemputan ini....wassalam,
4 ulasan:
Tahniah & syabas kepada team demo pusaka gayong pulau pinang...persembahan yang mengagumkan. Insha'Allah kalau ada kesempatan nanti boleh kita berkolaborasi lagi. Terima kasih :)
Alhamdulillah & terima kasih banyak2 diatas jemputan serta kepercayaan kepada kami....maaf sekiranya terdapat banyak masalah dan kekurangan dari pihak kami.
hebat.. taktau nak komen apa
cis! poyo tul mamat nie...
Catat Ulasan