Khamis, 14 Januari 2010

Demo Ditapak Ekspo Seberang Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pelawat serta pengunjung setia laman blog Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang ini.. Kami memohon maaf sekiranya blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskini disebabkan kesibukkan admin serta penulis-penulis jemputan dari kalangan Jurulatih Pusaka Gayong Negeri dan Pusat.

Selain kesibukkan adakalannya banyak aktiviti serta program-program yang melibatkan PSSPGM Negeri Pulau Pinang tidak dapat dirakamkan gambar sebagai bahan utama yang selalu kami kongsikan bersama dengan anda. Insya'Allah, kami akan memempertingkatkan mutu dari segi info serta maklumat terkini mulai sekarang sempena tahun baru 2010 ini.
Disebalik Tabir: Camera Man Yang Telah Banyak Berjasa Untuk Demo Kali Ini.. Terima Kasih Bro!

Sesungguhnya, dari awal bulan 12 hinggalah ke 9 Januari 2010 PSSPGM Pulau Pinang tak putus-putus diberi keutamaan bagi mempersembahkan salah satu dari seni warisan melayu yang masih terpelihara keseniannya di negeri Pulau Pinang ini.
Bermulanya dengan jemputan persembahan dirumah-rumah kenduri sekitar seberang perai dan tanjung, majlis-majlis keramaian, kesenian dan tak lupa acara persembahan di tapak Pesta Pulau Pinang Sungai Nibong pada 14 dan 15 Disember tahun lalu. Begitu indah seni melayu sehinggakan satu jemputan eksklusif yang dijemput khas bagi majlis yang dianjurkan oleh kaum cina yang bertempat di Jalan Lebuh Acheh bersama-sama dengan silambam dan lain-lain seni dari warisan yang terdapat di Pulau Pinang lagi.
Apa Nie: Ni Nak Demo Ke Nak Training Nie?..
;
Mungkin jika kita dapat lihat dan kongsikan bersama setiap aktiviti-aktiviti ini adalah cukup indah dan menarik kerana ianya adalah salah satu dari cabang promosi bagi seni silat terutama Pusaka Gayong di Pulau Pinang.
Alhamdulillah, sambutan dari hari ke hari makin meningkat walau pun dalam sedar atau tidak ada sekelompok manusia yang tidang senang dengan semua ini namun kami teruskan jua. Niat kami ikhlas bagi menyambung serta cuba memperketengahkan seni silat di negeri ini sebaik yang kami mampu.

Seni & Disiplin: Para Jurulatih Mempersembahkan Tapak Asas Gayong

Berbalik kepada tajuk asal, kali ini PSSPGPP telah dijemput bagi mengadakan persembahan seni silat oleh NISA Negeri Pulau Pinang melalui Timbalan Ketua Negeri Cik Mazlina Jamaludin yang menghubungi pihak kami dari tahun lepas memohon satu persembahan diadakan bagi bersama-sama memeriah serta meraikan majlis Sambutan Dua Dekad Dewan Muslimat Pas Kawasan Permatang Pauh pada 9 Januari 2010 bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Disini kami ingin tekankan yang Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia akan memerima sesiapa atau mana-mana pihak, pertubuhan, ngo atau parti politik sekali pun jika benar niat untuk menjemput kami untuk mengadakan persembahan pencak silat dan tidak mengira dari mana datangnya jemputan itu selagi ianya tidak melanggar perlembangaan Gayong dan Agama Islam.

Srikandi Gayong: Pesilat Puteri Tidak Ketinggalan Bersama Dalam Demontrasi Pada Petang Itu..

Persembahan kami kali ini agak menarik kerana kami diminta melakukan dua persembahan dalam satu hari yang mana persembahan pada sebelah paginya bagi menyambut tetamu VIP bagi acara perasmian selama lima minit dan sebelah petangnya pula acara kemuncak persembahan yang dmana diberikan masa selama satu jam lebih. Masya'Allah, memang lama dengan bilangan anggota atau pesilat yang hanya kurang dari 30 orang dan persediaan hanyalah dilakukan bagi persembahan setengah jam, agak mencemaskan juga bila mana pengumuman persembahan seni silat akan dimulakan dan kami masih lagi memikirkan bagaimana untuk sekurang-kurangnya dapat bermain selama satu jam pada persembahan pada petang itu.
Cilik: Aksi Daripada Bakal Pewaris & Penyambung Kesenian Gayong

Alhamdulillah..dengan berkat kesabaran, kesepakatan serta pengalaman kami melakukan persembahan seni silat akhirnya kami berjaya jua bagi mengisi masa lebihan yang sememangnya telah dirancang untuk kami membuat persembahan pada petang tersebut. Terharu dengan pengunjung-pengunjung serta ajk yang terlibat pada petang tersebut dengan sambutan serta penerimaan kami untuk mempersembahkan seni silat melayu cukup kami banggakan. Dengan bersemangat ada yang membawa keluarga siap sedia dengan tikar membanjiri di sekitar hadapan dan sisi kanan kami cukup membuatkan semangat kami berkobar-kobar untuk memulakan persembahan pada hari tersebut.

Trademark: Salah Satu Senaman Gayong Yang Memerlukan Disisplin Serta Keyakinan Diri Yang Tinggi'

Persembahan kami dimulakan dengan tapak sembah satau tari solo oleh Cikgu Aliff dan diteruskan dengan persembahan dari anak-anak Gayong Nyior Sebatang dengan tari sembah berkumpulan serta serangan bertali arus yang disajikan oleh anak-anak kecil yang lincah dengan gaya dan gelagat yang kadang kala mencuit pandangan tetamu pada hari tersebut. Seterusnya satu persembahan yang tak dirancang iaitu persembahan asas dan serangan dalam baris oleh jurulatih-jurulatih yang ditangkap muat dalam sedar dan separuh sedar..lawak tul, apa-apa pun syukur tiada berlaku sebarang kecelakaan dan benda-benda yang tak diingini berlaku.

Bersemangat: Cikgu Spark & Cikgu Madie Dari Gelanggang Batu Feringhi

'

Seterusnya pesembahan kembali kepada anak-anak Gayong, kali ini dari gelanggang Bakar Kapor Penaga dengan persembahan masal da juga tempur berantai yang cukup menarik dengan gaya serta mutu permainan yang semakin hari semakin baik. Mudah-mudahan ini akan menjadi titik mula dan berterusan hingga selama-lamanya agar menjadi punca serta pembakar semangat untuk meneruskan warisan ini pada generasi akan datang insya'Allah... Selepas selesai seni tangan kosong, satu permainan dari tiga puteri dengan gaya dan cara yang tersendiri mempersembahakan permainan mereka. Cukup bertenaga dan memukau perhatian para hadirin dan pengunjung pada petang tersebut, semoga dengan ini akan menaikkan semangat melayu untuk meneruskan selain menjaga khazanah yang tidak ternilai ini.

Hebat: Kepantasan Mengawal Gerak Badan Diiringi Kemahiran Yang Tinggi

'

Persembahan yang seterusnya pengunjung disajikan dengan lompatan asas dan berhalangan dengan teknik serta gaya-gaya yang memerlukan latihan secukupnya bagi melakukan aksi-aksi sebegini. Setelah selesai, kini bermulalah persembahan seni senjata yang dimulakan dengan seni rotan sebagai pembukaan dari gelanggang bakar kapor dan di ikuti dari gelanggang pangsapuri stunami oleh Cikgu Madie dan Cikgu Spark cukup membuatkan keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ketangkasan serta kelincahan mereka yang sangat menarik perhatian.

Mempersona: Siapa Kata Silat Melayu Tidak Hebat?


Selesai permaianan senjata tumpul, kini bermulalah permaianan seni pisau oleh anak-anak gayong dari gelanggang bakar kapor cukup merisaukan dengan senjata yang digunakan bukanlah senjata tiruan tetapi adalah pisau sebenar. Inilah yang selalu dipraktikkan oleh anak-anak Gayong dan dididik agar tidak pernah takut menggunakan senjata sebenar untuk latihan, persembahan mahu pun keadaan sebenar.. Semoga ia berguna untuk mereka pada suatu hari nanti.

Bertenaga: Aksi Permainan Tempur Parang Panjang

'

Seterusnya permainan parang dan cindai oleh Cikgu Atan Jr. dan Cikgu Aliff Afnan yang semakin hari semakin serasi dan menunjukkan mutu serta gaya yang amat baik. Dengan teknik serta kelincahan yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak mempelajarinya. Semoga ianya akan terus diwarisi dan dijaga hingga ke akhir hayat mereka. Selepas itu, kini tiba pula giliran Cikgu Mon dan Abu mempersembahkan permainan tempur rotan dan parang yang mana ia cukup memukau perhatian dan ada yang sudah mula berganjak dari tempat asal kerana bimbangkan parang yang digunakan terlucut ke arah mereka. Inilah yang dikatakan permainan anak-anak Gayong, dalam kelembutan tari ada kerasnya..ada garangnya,inilah yang diwarisi dan dipeturunkan oleh guru-guru Gayong lama kepada kami bagi menyambung dan mewarisinya.

Akrap: Walau Dari 3 Cawangan Yang Berbeza,Namun Dengan Ikatan Serta Ukhwah Yang Tinggi Anak-Anak Gayong Mampu Mengadakan Persembahan Bersama...

'

Kini tiba pula seni permainan senjata melayu, seni keris yang sememangnya bangsa melayu terkenal dengan senjata perang yang dikenali keris yang menyimpan seribu satu rahsia didalamnya yang masih belum dapat dibongkarkan sepenuhnya. Seni permaianan keris dipersembahkan oleh Cikgu Akmal dan Abu meneruskan kesinambungan kesenian serta kegarangan permainan Gayong. Detik-detik cemas dengan tikaman bertubi-tubi dan elakkan spontan yang ditunjukkan cukup merisaukan para hadirin dan tetamu yang berada di sekitar kawasan itu ditambah pula dengan persembahan terakhir seni parang panjang oleh Cikgu Helmi dan Cikgu Zul jua turut mengundang untuk penonton terus menyaksikan persembahan dengan penuh sabar dan tekun. Syabas semua..! terima kasih sekali lagi kepada Nisa Pulau Pinang Diatas Jemputan ini....wassalam,

*Antara Gambar-Gambar Kenangan Untuk Tatapan Bersama*






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah & syabas kepada team demo pusaka gayong pulau pinang...persembahan yang mengagumkan. Insha'Allah kalau ada kesempatan nanti boleh kita berkolaborasi lagi. Terima kasih :)

Panglima Hitam berkata...

Alhamdulillah & terima kasih banyak2 diatas jemputan serta kepercayaan kepada kami....maaf sekiranya terdapat banyak masalah dan kekurangan dari pihak kami.

luth textile berkata...

hebat.. taktau nak komen apa

Panglima Hitam berkata...

cis! poyo tul mamat nie...

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all