Rabu, 22 April 2009

Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri Peringkat IPGM 20 April 2009

Setelah sekian lama penat berlatih,kini tibalah masanya para pengamal Pusaka Gayong dari gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun merencanakan tugasan yang diberi dengan menganjurkan satu majlis "Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri" anjuran 2PPSIMP PJ/PI/PM pada tanggal 20 April 2009 bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 10:30pg. Antara Pertubuhan yang dijemput bagi bersama untuk mempersembahkan kemahiran dalam seni masing-masing adalah:

1. Pertubuhan Seni Silat Pulut.
2. Muay Thai.
3. Pertubuhan Silat Teralak Asli,Kelantan.
4. Islamic Tae Kwan-Do.
5. Pertubuhan Seni Slat Pusaka Gayong Malaysia.





*Aksi Daripada Pengamal Muay Thai Yang Dipersembahkan Sendiri Oleh Penuntut IPTB.








Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi:

1. Memberi pendedahan awal kepada para pelatih dalam aspek kepengelolaan pertunjukkan seni mempertahankan diri.

2. Memupuk semangat kerjasama yang tinggi diantara pelatih melalui penganjuran pertunjukkan seni mempertahankan diri seumpama ini yang amat jarang ditekankan di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta.

3. Mengeratkan tali silatulrahim diantara guru-guru pelatih itu sendiri.

4. Mengenalpasti kebolehan & mengilap bakat-bakat baru dalam bidang ini.

Majis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi Timbalan Pengarah IPTB sebagai tetamu kehormat ke Padang Astaka IPGM Kampus Tuanku Bainun pada jam 8:00pagi. Acara seterusnya majlis pembukaan dengan nyayian lagu & bacaan doa,ucapan dari Timb. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun.
Persembahan seni mempertahankan diri dimulakan dengan Pertubuhan Seni Silat Pulut yang mana ia dipersembahkan sendiri oleh penuntut-penuntut IPGM ini dengan tari sembah. Selesai Silat Pulut,muncul pula satu lagi seni mempertahankan diri Thailand yang kita kenali dengan nama Tomoi atau Muay Thai,juga diperagakan daripada penuntut-penuntut IPGM sendiri dengan aksi.aksi yang agak menarik,menarik perhatian dari kalangan para tetamu,pensyarah serta pelajar-pelajar sendiri.

Aksi Daripada Pengamal Take Kwan-Do

Persembahan ke tiga daripada Pertubuhan Silat Teralak Asli,Kelantan juga daripada para penuntut yang mana ia mempamerkan aksi-aksi menarik serta sepontan yang amat menghiburkan para tetamu. Satu persembahan khas juga daripada penuntut IPGM,satu sketsa atau drama pendek dilakonkan bagi memupuk agar setiap masyarakat memilih serta mempelajari ilmu mempertahankan diri agar ia dapat menjadi salah satu daripada kekuatan untuk kita mempertahankan diri apabila berada didalam saat-saat getir yang memerlukan kebolehan serta teknik bagi menangkis serangan serta mempertahankan diri sendiri.
Selesai sudah sketsa atau drama itu,kini tiba giliran persatuan Taek Kwan-Do dibawah pimpinan Ustaz Mansoor yang juga jurulatih kepada penuntut-penuntut IPGM ini memulakan persembahan,dengan aksi dislpin yang dipamerkan daripada jurulatih-jurulatih dibawah beliau. Persembahan semakin panas apabila sepasang jurulatih beliau menunjukkan teknik-teknik yang betul untuk digunakan dalam "free fighter" dengan kaedah & teknik yang diaplikasikan daripada pelajaran Taek Kwan Do itu sendiri. Dan persembahan terakhir adalah daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia gelanggang IPGM sendiri dibawah pengawasan Cikgu Helmi & Cikgu Ismail mempersembahkan seni atau kebolehan yang mereka miliki.
Dimulakan dengan pembukaan gelanggang yang dibawakan khas daripada PSSPGM Caw.Sg.Ara Cikgu Syuhadah yang juga anakda Cikgu Rusli Hashim(Pengerusi PSSPGM Caw.Sg.Ara).

Cenderamata Kenang-Kenangan Disampaikan Oleh Timb.Pengarah IPTB

Berikutnya persembahan asas daripada anak-anak gayong IPGM sendiri,solo,masal oleh putra,putri & penutup oleh tempur rotan yang amat baik serta bertenaga ditunjukkan oleh anak-anak Pusaka Gayong ini...Syabas dari kami di PSSPGM Bahagian Negeri Pulau Pinang.Akhir sekali,sebelum bersurai satu penghargaan kepada wakil-wakil Pertubuhan/persatuan jemputan daripada pihak IPGM sebagai cenderahati kenang-kenangan yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Wakil-Wakil Daripada Pertubuhan/Persatuan Seni Beladiri

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi bersama-sama menaikkan Pertubuhan-Pertubuhan Seni Beladiri Malaysia agar ia tidak dipinggir atau dianak-tirikan & dapat dilihat serta diwarisi oleh belia-belia muda hari ini untuk generasi yang akan datang...

Ahad, 19 April 2009

Bersama Memartabatkan Silat Melayu Dimata Dunia..Siapa & Mengapa...?

Dalam perjalanan seharian,adakah kita terfikir kemana arahnya silat melayu selepas ini? Adakah ianya akan kekal sebagai satu cabang seni warisan atau hanya akan tinggal warisan yang hanya dikenali oleh generasi akan datang melalui buku=buku sejarah & cerita orang-orang tua.. Apa tugas kita sebagai pengamal seni beladiri yang berlandaskan silat? Apa peranan kita sebagai bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopannya,budi pekertinya,sejarah kependekarannya & warisan yang diwarisi turun temurun yang mana ia dipelihara setiap waktu bagi memperlihat atau memperkenalkan serta mengembangkan kepada generasi masa kini dengan usaha-usaha tanpa mengira penat lelah,pahit getir,pengorbanan masa serta wang ringgit demi menjaga apa yang diamanahkan untuk diperturunkan kepada para pelapis masa kini,kerana mereka satu-satunya harapan untuk kita harapkan agar ilmu kependekaran melayu yang diagung-agungkan selama ini tidak hilang begitu saja. Apa peranan kita sebagai pewaris ilmu silat melayu ini? Apa peranan kita sebagai bangsa melayu untuk memperkenalkan silat melayu ini pada generasi akan datang?
Adakah Ini Antara Wajah Pewaris Yang Bakal Menggalas Tanggungjawab Membawa Silat Melayu Untuk Diperturunksn Kepada Generasi Akan Datang? Fikirkanlah..

Apa peranan kita sebagai salah seorang yang berkedudukan untuk sama-sama memartabatkan siat melayu dimata dunia.. Apa yang kita saksikan hari ini,kesedaran ini kian berkurangan dari penglihatan masyarakat kita amnya yang mana ia meletakkan silat ditempat yang tidak sepatutnya. Pandangan serong pada pengamal-pengamal silat semakin menebal oleh siapa?bangsanya sendiri,bangsa melayu dengan beranggapan silat melayu boleh merosakkan anak-anak muda generasi hari ini dengan amalan-amalan yang kurafat,merosakkan minda anak-anak muda dengan beraggapan anadai mempelajari silat & tidak menamatkannya dengan sempurna seseorang itu akan jadi hilang arah,gila & sebagainya. Disini bukti kekolotan bangsa melayu hari ini,waris-waris pelajar lebih rela anak-anak mereka mempelajari seni beladiri luar walau dengan kadar yuran dua kali ganda dengan yuran yang diletakkan oleh silat di sekolah-sekolah..
Antara Aksi Displin Yang Perlu Diberikan Penekatan Serta Kawalan Dari Jurulatih Yang Bertauliah
Hakikatnya pihak kerajaan sudah memberikan sokongan kepada silat melayu untuk mengembangkan ilmu warisan bangsa ini melalui program-program yang dianjurkan,melalui jabatan pendidikan silat sudah mula diutamakan dalam kokurikulum pelajaran dengan bersyaratkan setiap pertubuhan yang ingin membuka gelanggang di sekolah,IPT,IPTS atau kolej-kolej diseluruh Malaysia perlu mendaftarkan diri dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S) serta Persekutuan Silat-Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) agar setiap pergerakkan pertubuhan silat tidak menyeleweng & tidak melanggari hukum syarak. Jadi,apa lagi yang patut kita pertikaikan dengan kehadiran gelanggang-gelanggang silat di sekolah-sekolah rendah & menengah,kolej,IPT,TPTS,badan-badan kerajaan,NGO,kampung-kampung,taman-taman serta banyak lagi. Tetapi,sedarkah kita hari ini yang mana masih ada segelintir masyarakat yang tetap memandang serong dengan kewujudan silat yang pada asalnya ia adalah sah disisi undang-undang tetapi mereka tetap menghukum kesemua jenis silat melayu dengan bermodalkan cerita-cerita dongeng yang disampaikan dari orang-orang atau hanya dengan dengan melihat sesuatu pertubuhan melakukan kesilapan.
Adakah patut kita menghukum kesemua atas dasar kesilapan satu pertubuhan sahaja? Logiknya,pada hari ini kenapa silat melayu masih tidak dapat difilemkan seperti senibeladiri asing yang mana China dengan Kungfunya,Thailand dengan Tomoi,Hollywood yang banyak menggunakan teknik Karate-Do serta Teck Kwan Do,Jepun dengan teknik Samurai.. Kenapa bila sampai ke Malaysia serta negara-negara yang serumpun dengannya tiada senibeladiri sendiri yang difilemkan untuk diperkenalkan pada orang luar? Adakah Malaysia hanya mampu mengeluarkan filem yang berkisarkan cinta,rempit,bohsia,hantu,pontianak,jenayah remaja.......Hanya ini???
Aksi Pencak Silat Oleh PSSPGM Pada Satu Majlis Walimatulurus

Dimana perginya seni beladiri kita? Adakah tiada komitmen& kerjasama dari Guru-Guru Tua atau pertubuhan-pertubuhan silat? Kenapa pada era 80an kita boleh berbangga dengan Filem aksi kependekaran seperti Loceng Maut,drama-drama bersiri pada 90an sperti Keris Hitam Bersepuh Emas,Cangkat Buana,Semutar Hitam,Pendekar Kundur,Pedang Berdarah,Pendekar Larut & sebagainya.. Adakah dengan alasan filem-filem atau drama-drama sebegini tidak mendatangkan keuntungan? Kenapa P.Ramlie dapat memfilemkan cerita Hang Tuah,Pendekar Bujang Lapok,Enam Jahanam,Semerah Padi & banyak lagi filem-filem dahulu yang menggondol anugerah dengan berteraskan silat melayu sebagai bahan utama dalam cerita yang diilhamkan mereka??? Kenapa tidak pada masa kini? Adakah pengarah serta penerbit drama & filem hari ini tidak berani mengambil risiko untuk memperjuangkan silat didalam drama & filem mereka..Tepuk dada tanyalah pada diri kita sendiri,dimanakah tempat yang seharusnya kita letakkan silat ini. Disini kita sebagai masyarakat harus mengambil kesedaran,inisiatif untuk sama-sama bagi memajukan silat dengan apa cara sekali pun degan kemampuan atau kuasa yang kita ada sebagai warga Malaysia selagi ia tidak melanggari hukum Islam & menyalahi undang-undang negara Malaysia..
Kenangan Pesilat Dari Gelanggang Taman Semilang,Seberang Jaya Bersama Jurulatih-Jurulatih Pusaka Gayong

*Harapan kami kepada para pelawat yang berkunjung ke laman blog ini,dapat bersama-sama memberikan sedikit komen atau ulasan berkenaan posting kali ini agar sama-sama kita dapat berfikir tentang arah tuju silat melayu pada masa kini & akan datang demi Memartabatkan Silat Melayu Dimata Dunia..

Ahad, 5 April 2009

Selangkah Ke Arah Gerbang Rumahtangga "Cikgu Rozaidi & Dewi"

Siapa Dulu?Bila Pengantin Pun Turut Bersilat...

Dengan bismillah mula dikata,mengigatkan kebesaran Allah yang mulia,kerana wajib telah ternyata,segala perbuatan haruslah diserta.....
Syukur kehadrat Ilahi,dengan keizinan-Nya pada 4 April 2009 satu lagi majlis walimatulurus jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang,Cikgu Eddy bersama dengan pilihan hatinya Dewi. Sebagai tanggungjawab seorang jurulatih apabila terutusnya watikah serta jemputan walimatulurus,para sahabat-sahabat dari kalangan anak-anak gayong terutamanya para jurulatih mengambil langkah inisiatif membuat persediaan persembahan seni silat sebagai satu tanda persahabatan yang kekal abadi serta inilah hadiah atau buah tangan yang mampu kami sedia & persembahkan untuk dikenang hingga ke akhir hayat..Insya'Allah
KENANGAN:Pesilat Bersama-Sama Pengantin,Cikgu Khohar,Cikgu Ebby,Cikgu Ismail(IPTB)Cikgu Nizam,Cikgu Majid & Isteri

Dengan jumlah pesilat seramai 14 orang dari gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun(IPTB),gelanggang Sekolah Pokok Sena,gelanggang Penaga,gelanggang Tanah Liat & gelanggang Nyior Sebatang yang digabungkan daripada dua cawangan bersama serta bersatu bagi meraikan raja sehari dengan persembahan seni silat pusaka gayong. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran yang disayangi ayahda Dato' Raja Cikgu Abdul Majid Bin Mat Isa (Guru Utama & Pengarah Guru-Gurulatih Tertinggi PSSPGM) bersama Datin,Anakdanya Cikgu Khohar & Cikgu Ebby wakil dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pusat,Gurun Kedah Darul Aman. Selain dari itu,turut hadir pada majlis itu Cikgu Nizam,Cikgu Ismail(IPTB) serta isteri masing-masing turut bersama-sama bagi merai juga menyerikan majlis walimatulurus itu.
Upacara Tujuh Tapak Memohon Izin Wakil Mahaguru(Cikgu Abdul Majid) Yang Disempurnakan Oleh Cikgu Helmi Sebagai Ketua Persembahan Pada Hari Tersebut

Persembahan seni silat dimulakan dengan adat istiadat silat seni gayong upacara tujuh tapak memohon wakil mahaguru untuk merestui & keizinan memulakan persembahan yang diketuai oleh Cikgu Helmi diikuti enam hulubalang-hulubalang iaitu Cikgu Akmal,Cikgu Mon,Cikgu zul,Cikgu Fendi,Cikgu Man Jr. & Isa(IPTB) sebagai simbolik kepada tujuh beradik anak raja bugis yang membawa serta mengembangkan silat seni gayong ke tanah melayu. Persembahan dimulakan dengan tari bunga tanjung sebagai pembuka gelanggang oleh Cikgu Man,gerak jurus masal serta serangan berantai oleh anak-anak gayong IPTB,persembahan tempur senjata rotan oleh wakil jurulatih putri Cikgu Imah & Cikgu Nabila dari gelanggang Pokok Sena. Persembahan seterusnya diteruskan dengan wakil putra dari IPTB untuk mempersembahkan seni tempur rotan oleh Isa & Khairul Anam yang mana tapak serta permainan yang sungguh menarik serta mantap dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Kini tiba pula dua sahabat sejati serta Gurulatih Kanan PSSPGM,Cikgu Mon & Cikgu Akmal mengambil tempat untuk mempersembahkan seni permainan keris mereka.
Cikgu Akmal & Cikgu Mon Dengan Gaya Tapak Laksamana

Uniknya,persembahan mereka dilepaskan sendiri oleh pengantin lelaki yang juga Gurulatih PSSPGM iaitu Cikgu Eddy sebagai tanda terima kasih diatas kehadiran serta persembahan yang diuruskan pada hari berbagianya. Akhir sekali,persembahan seni parang panjang dipersembahankan dengan iringan Cikgu Nizam serta keizinan Cikgu Abdul Majid,dengan aksi-aksi yang menarik serta latihan yang dibuat untuk persediaan majlis ini,alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar serta dapat dilakukan mengikut apa yang dirancang.
Tempur Parang Panjang Oleh Cikgu Helmi & Cikgu Zul

Sebelum menutup tirai persembahan,Cikgu Helmi mengambil tapak meneruskan persembahan tari untuk menjemput pengantin untuk sama-sama mempersembahkan gerak silat kepada tetamu yang membawa kepada sesi gurauan jurulatih memberikan buah tangan terakhir,tak lain & tak bukan mengepung beramai-ramai bagi menyerang pengantin sehinggalah para jurulatih dapat merebahkan pengantin ke lantai. Inilah satu gurauan yang WAJIB diterima oleh setiap jurulatih yang melangkah ke alam perkahwinan,satu gurauan yang mungkin tidak beliau akan lupakan sampai bila-bila...
Akhir kata,terima kasih sekali lagi pada Cikgu Eddy kerana sudi menerima persembahan kami serta tak lupa juga kepada yang berbahagia Ayahda Raja Cikgu Abdul Majid kerana sedi meluangkan masa hadir ke majlis walimatulurus ini.


"Gayong Bergayut Kata Bersahut,
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"

Selasa, 31 Mac 2009

Pusaka Gayong Gegarkan Karnival Shell Hentian Rehat Juru Arah Selatan

Pada tanggal 29 march 2009 jam 11:00pagi,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang sekali lagi dijemput oleh pengurus shell yang sama bagi bersama-sama memeriahkan serta meraikan majlis karnival shell di ISFA Filling Station Hentian Rehat Arah Selatan,Juru,Seberang Perai dengan persembahan seni silat yang beliau anggap unik serta ingikan kelainan yang selalu dibuat oleh pengurus2 shell bahagian lain apabila satu-satu karnival dijalankan. Diwakili seramai 12 orang pesilat tiba di RR Juru pada jam 9.30pagi,sambil ada yang melakukan persediaan akhir sebelum demo berlansung yg pada awalnya dijangkakan pada pukul 10.30pagi tetapi terpaksa ditunda ke 11pagi diatas maslah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran,bacaan surah-surah dari ayat suci Al-Quran bagi mengigatkan kita bahawa setinggi mana pun darjat atau kehebatan kita,Al-Quran jangan dilupakan...
Bergambar kenangan sebelum persembahan bermula

Selain silat,pasukan kompang & superbike dari utara bikers juga dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Demo kali ini agak menarik & mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh pesilat-pesilat dari Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) yang pertama kali beraksi diluar IPTB & bukannya didalam dewan,ada juga yang sememangnya pertama kalinya bersilat dihadapan orang ramai. Sesuatu pengalaman yang tidak dijangka sama sekali,mungkin ini akan membangkitkan semangat utuk lebih berusaha gigih lagi demi memartabatkan silat melayu untuk diwarisi serta dikembangkan pada anak cucu bangsa apabila mereka mengajar di sekolah masing-masing nanti.


Aksi dari pesilat-pesilat IPTB


Pada jam 11pagi,ketibaan team motorbike bagi berarak general manager bahagian shell utara dengan paluan kompang mengiringi beliau masuk dari hentian rehat juru ke kawasan shell bagi merasmikan majlis. Selesai majlis perasmian,team silat mengambil tempat bagi acara seterusnya dengan tapak hormat & gerak tari jurus masal serta serangan dalam baris oleh anak-anak gayong IPTB. Dengan aksi-aksi menarik serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka ia dapat menarik perhatian para tetamu yang hadir pada hari tersebut.Persembahan seterusnya masih lagi oleh pelajar-pelajar IPTB dengan seni tempur rotan yang lebih aggresif dipertontonkan & ini lebih menarik perhatian para pengunjung serta para tetamu yang hadir dengan aksi-aksi yang sungguh mengejutkan serta kegarangan anak-anak gayong memang menjadi salah satu trademark bila bertempur mengunakan senjata yang mana ianya akan menjadikan keadaan yang sunyi berukar pada kekecohan yang dikawal oleh para jurulatih sememangnya unik disaksikan oleh sesiapa sahaja yang mengenali silat gayong.


2 pendekar IPTB sedang beraksi dengan permainan tempur rotan


Selesai tempur putra,lahir pula tempur putri seni rotan oleh jurulatih-jurulatih pusaka gayong dari gelanggang Pokok Sena dengan aksi seni rotan yang juga tidak kurang hebatnya. Jangan disangka wanita tidak hebat bila bersilat,inilah yang cuba dipamerkan oleh dua putri gayong dengan aksi-aksi yang sungguh menghiburkan walau pun ada sedikit kesilapan yang berlaku,permainan diteruskan secara sepontan dengan permainan mereka hingga tamat.

Putri dengan gaya yang tersendiri untuk memulakan persembahan


Persembahan terakhir juga oleh jurulatih Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang dengan permainan seni parang panjang yang mana ia menjadikan suasana sekali lagi bertukar tegang dengan aksi penonton yang berteriak apabila parang bertemu parang dengan percikkan api serta kenyaringan bunyi parang. Dengan kemahiran serta kepakaran para jurulatih mengawal setiap pergerakkan dalam permainan senjata,ada juganya kecederaan tidak dapat dielakkan.Sudah lumrah bersilat,jika tidak pernah mengalirkan sedikit darah kepahlawanan melayu itu keluar dari tubuh badan,ia sememangnya tidak sah..mungkin juga ini salah satu kebetulan atau kesan dari kekurangkan daripada latihan yang diambil bagi persediaan bermain senjata tetapi jika sehebat mana pun kita bermain senjata,ingatlah & tanamkan satu niat didalam diri serta semasa doa untuk buka gelanggang yang kita mempamerkan ilmu persilatan melayu ini hanyalah untuk meraikan majlis serta mempersembahkan permainan istana serta kehebatan silat melayu & bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Inilah yang selalunya diigatkan oleh guru-guru gayong kepada anak-anak murid gayong apabila bergelanggang. Jadikan kesilapan hari ini sebagai satu cabaran untuk tidak diulangi pada hari esok,itulah kata-kata semnagat yang menaikkan semangat serrta kegigihan berlatih untuk memantapkan serta memahirkan diri dengan permainan masing-masing. Keseluruhannya,pada majlis tersebut persembahan silat melayu yang juga warisan permainan kependekaran melayu tua sangat menghiburkan para tetamu serta penonton yang hadir secara kebetulan atau tidak pada hari tersebut.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami untuk tatapan semua
Inilah bukti bahawa silat melayu masih wujud dinegeri Pulau Pinang ini serta masih hebat seperti zaman-zaman kegemilangannya dahulu yang mana ia digunakan sebagai pakaian utama untuk mempertahankan maruah agama,diri,bangsa & negara.

Rabu, 25 Mac 2009

Selamat Menepuh Gerbang Perkahwinan Cikgu Aidi Akhbal & Nurul...

Aksi pengantin bermain silat pulut
Syukur alhamdulillah...tahun 2009 antara tahun yang mana para jurulatih Pusaka Gayong melansungkan perkahwinan agaknya? Mungkin ini yang dikatakan satu rahmat,selepas sorang bersambung kepada sorang...lepas ni apa la pulak yeerrr?
Tapi walau apa sekalipun,bila sesuatu majlis walimatulurus yang melibatkan jurulatih sebagai pengantin atau raja sehari,memang komitmen bagi majlis tersebut dengan persediaan yang terbaik akan difikirkan bagi menyambut para tetamu yang bakal bertandang diikuti dengan debaran yang makin hari makin kencang menanti saat-saat bahagia bersanding serta memikul tanggungjawab sebagai suami.
Pada tarikh 14 March 2009 berlansungnya persandingan kedua mempelai di perkarangan surau taman bayan baru yang mana majlis kenduri dari pihak pengantin perempuan & kakak kepda seorang jurulatih serta srikandi Pusaka Gayong iaitu Cikgu Wafaa. Walau pun permintaan hanya dari pihak perempuan,persembahan silat tetap berlansung denganbaik yang dipersembahkan 100% Jurulatih dari seberang perai yang hadir.

Team demo seberang perai bergambar kenang-kenangan di perkarangan surau bayan baru tempat majlis walimatulurus berlansung

Walau pun pesilat tidak lah ramai,tetapi ini tidak mematahkan semangat kami yang datang dari seberang untuk beraksi dengan seni permainan kami..Syukur tiada berlaku sebarang masalah sepanjang perjalanan kami mempersembahkan seni silat pada petang itu,yang menariknya adat atau tabiat buruk jurulatih Pulau Pinang ni ialah akan menarik atau melamar pengantin lelaki jika dia seorang jurulatih..Apa lagi,dibelasah laaaa,sebagai cenderahati atau kenang-kenangan kepada kami & pengantin untuk dijadikan sejarah.
Pada 15 March 2009 berlansungnya satu lagi majlis walimatulurus yang diadakan di kediaman pangantin lelaki di Balik Pulau,ish! layan corner jugak laa ari tu sebelum nak sampai..hahaha! nasib tak terjun gaung...

Aksi dua bradik dengan aksi seni parang.....
Demonstrasi kali ini lebih ramai dari semalam yang mana gabungan pesilat seberang & pulau dengan persembahan asas,masal,tempur tangan kosong,seni rotan,seni parang & seni keris...Akhir sekali seperti biasa sebelum menamatkan persembahan,para jurulatih dengan buah tangan khas kepada dengan menjemput pengantin untuk bermain keris & diakhiri dengan serangan beramai-ramai bagi memberikan satu kenangan yang tak mungkin beliau lupakan iaitu dibelasah...
Walau apa sekali pun,ia hanyalah sekadar hiburan serta buah tangan dari sahabat-sahabat gayong yang mampu diberikan sebagai penyeri majlis..

Bergambar kenang-kenagan dengan pasangan raja dua hari....






"Tempana Nipis Nama Asalku,

Keris Pusaka Lalu Dewangga,

Niat Derhaka Kepada Rajaku,

Keris Menyerah Taming Pusaka.."

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all