Rabu, 3 Jun 2009

Kita Mendidik Bukan Mendera.

Bersama gombongan Ayahanda Dato' Abdul Majid B Mat Isa dari Pusaka Gayong Pusat menziarahi gelanggang-gelanggang di Kelantan. Kami disambut cukup mesra di sana.

"Cikgu silat di Batu Uban itu mengajar lembut sangat, badannya gemuk-gemuk dan pakai cerminmata." Kata-kata ini masih aku ingati sehingga ke hari ini. Ianya datang dari seorang yang memang lama berkecimpong di dalam selok-belok silat apatah lagi silat Gayong. Dia memang hebat dan handal dan dengar kata ramai anak muridnya lari kerana tidak tahan untuk meneruskan bersilat dengannya. Pukulannaya keras, kunciannya kemas dan ilmunya tinggi. Cuma mereka yang cekal dan berani yang boleh mampu meneruskan bersamanya.

Namun aku diamkan sahaja kerana itu mungkin prinsip aku bila mengajar lembut, maka lembutlah. Mungkin mereka tidak mengetahui aku pernah melihat di depan mata, anak-anak buah yang terkeliat, patah tulang lengan, patah tulang kolar, pengsang, darah keluar dari mulut, hilang ingatan dan sebagainya. Apakah ertinya bila sudah patah-riuk sebegini, tentu masa depan yang mereka hadapi akan lebih sukar dan mengukarkan orang lain. Memang betul ini lumrah dan risiko belajar silat tetapi alangkah baiknya jika kita cuba sedaya upaya mengelakan atau mungkin mengurangkan risiko ini. Malang jangan ditempah musuh jangan di cari.

Tenaga-tenaga baru dan lama yang menjadi tulang belakang perkembangan Pusaka Gayong di Pulau Pinang.

Mungkin beliau handal di sudut ilmu persilatan tetapi pernah pada suatu hari anak buahnya sendiri telah menalipon aku meminta bantuan untuk mereka membuka gelanggang di suatu tempat. Mereka diminta oleh pihak yang berwajib beberapa dokumen seperti Sijil Pendaftran Pertubuhan, surat perakuan, permit atau tauliah mengajar dan sebagainya.

Mereka telah menghubungi Cikgu Majid yang pada masa itu merupakan Setiausaha Agong pertubuhan kami. Cikgu Majid telah meminta mereka untuk menghubungi aku untuk membantu mereka membuka gelanggang baru tersebut dan memperolehi apa yang diminta oleh pihak yang berwajib itu. Aku pun diundang ke rumah mereka untuk berbincang perkara yang mereka hajati itu. Maka itulah kalam yang aku dengar tanpa mereka ketahui akulah cikgu silat yang mengajar lembut di Batu Uban itu.
Cikgu kita ini sedang menunjukan di antara cara dan senaman dari Perguruan Seni Silat Petir. Teknik untuk menguatkan lagi pukulan siku.

Ramai orang bersilat untuk menjadi jaguh. Untuk menilai silat mana yang kuat. Tetapi aku bersilat kerana ingin mencari kawan. Ingin menarik kepada penghayatan Islam secara yang semampu boleh. Mereka yang menjadi murid silat amat taat dan hormat kepada gurunya. Kadang-kadang tangan kita ini dicium mereka setiap kali semasa berjumpa atau di dalam gelanggang. Tetapi yang anehnya tangan ayah dan ibu mereka sendiri langsung tidak pernah dicium. Setidak-tidaknya mungkin setahun dua kali. Itu pun sewaktu pagi Hari Raya sahaja. Jadi ambillah kesempatan ini mendidik anak-anak buah kita ini ke arah yang lebih baik. Mereka taat dan hormat kepada kita maka kita sayangi pula dan memberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan hati mereka.

Senaman latih tubi yang sebegini adakah dikatakan mendera atau memantapkan diri ?

Bukan jaguh silat semata-mata yang kita cari tetapi insan yang jaguh dalam membina modal insan yang lengkap. Rohani, jasmani dan mindanya yang tinggi dengan sikap yang mulia. Menjadi contoh dan senang didampingi. Berkemampuan memimpin rakan-rakan lain.Dalam masyarakat beliau dihormati dan disegani. Menjadi benteng negara. Ini semua memerlukan seni halus yang bijaksana. Mengajar bukan untuk mendera tetapi mengajar untuk mendidik. Kerahlah kemana-mana pasti mereka tidak menolak.

Lain hulu lain parang.
Lain dahulu lain sekarang.

4 ulasan:

Mata Hati berkata...

Bagus posting sebegini. Harap Rimau Kumbang teruslah menyumbang. Kisah-kisah lama & pengalaman kita kongsikan dengan kami generasi bari ini. Ilmu jangan disimpan nanti berkarat. Berilah apa-apa petua-petua yang boleh dijadikan amalan. Tq.

Adi Putra berkata...

Mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat kepada kita semu hendaknya..

Cbp berkata...

Artikel ini disalin di KBP - http://bloggerspenang.blogspot.com/2009/06/kita-mendidik-bukan-mendera-pssgm.html

Average Joe berkata...

Salam...

Tahniah atas nukilan yg bernas. Ya, kita sebagai anak Gayong kena tahu dan reti memBEZAkan di antara SAKIT dengan MUDARAT. Sakit tu tak dinafikan, memang kena bagi rasa, tak dak sakit apa maknanya bersilat. Tapi yg sampai cedera dan mudarat tu yg kita kena elak. Cedera teruk sampai tak boleh bersilat lagi, apa maknanya...?

Guru-guru lama Gayong bahkan Dato Mahaguru sendiri tidak pernah mencederakan anak murid mereka hingga ke tahap mudarat melainkan terlepas jugak atau tidak disengajakan. Tapi sekali kena sakit tetap sakit bukan kepalang, tapi tak cedera mudarat sampai kena "cuti panjang" dari berlatih.

Saya ni bukanlah handal mana pun tapi ada la jugak rezeki berguru dengan seorang guru lama Gayong dari Ipoh dan juga seorang guru PSSPGM yg kerap diamanahkan sebagai Ketua Jurulatih bila mana ada kursus di Gurun. Dan jugak dengan seorang gurulatih PSSGM di Kajang yg mana hanya sekali Selangor muncul juara KSMD adalah ketika itu Selangor diwakili oleh anak2 buahnya.

Menuntut dengan Cikgu2 ni tok sah ceritalah, sakit memang sakit dibuatnya... tapi tak pernah pun ada murid2 ni yg sampai cedera tahap mudarat. Sebab apa? Sebab CIkgu2 ni bukan saja gurulatih yg handal tetapi juga CEKAP dan PROFESIONAL, dan bukan "fist-and-foot-happy" nak mematahriukkan anak-anak murid.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all