Isnin, 15 Jun 2009

Semagat Juang Anak-Anak Gayong!

Takziah: Sama-samalah kita berdoa agar Cikgu Zul cepat sembuh & ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memperjuangkan Seni Silat Gayong


Assalamualaikum & salam sejahtera,syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis artikel ini bagi sama-sama kita mengetahui perkembangan serta aktiviti terkini PSSPGM bahagian negeri Pulau Pinang.

Pada tanggal 6 Jun 2009,antara tarikh yang mungkin tak dapat kami lupakan yang mana apabila dua persembahan dalam tarikh yang sama & masa yang amat pendek untuk kami bergegas dari satu tempat ke satu tempat yang jaraknya agak jauh.
Penyambung Warisan Bangsa: Mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat cilik ini dapat dijadikan iktibar serta kekuatan untuk menjana kekuatan ummah

Disebabkan semangat & tidak mahu menghampakan jemputan demontrasi silat,kami gagahi juga untuk bersama meraikan pasangan mempelai.
Malang tidak berbaur,apabila apa yang dirancangkan bertukar kepada tragedi yang mana salah seorang jurulatih Pusaka Gayong (Cikgu Zul)cedera teruk kedua jarinya akibat terkena tetakan parang & salah satunya terpaksa diberi jahitan sebanyak lima jarum di hospital bukit mertajam.
Seni Simbat: Pentas Rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Saufi & Cikgu Madi (Remp-it)

Dengan semangat serta pengorbanan,beliau walau dengan keadaan sakit sedikit pun tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya dengan berkata “Demo kedua ni kita kena jugak teruskan, tuan rumah amat berharap..saya tak sampai hati nak hampakan dia” Itulah antara kata-kata semangat yang mana setelah dibincangkan kami meneruskan perjalanan ke lokasi persembahan yang kedua.

Setibanya disana,kami disambut dengan senyuman serta ucapan terima kasih yang teramat kerana kami sampai juga akhirnya,memang benar kata Cikgu Zul..Tuan rumah amat berharap agar kami dapat membuat persembahan walau agak lewat,dia tetap bersabar & bersemangat untuk menyaksikan anak-anak muda dari Pusaka Gayong mengadakan persembahan.

Trademark Gayong: Lompatan anak harimau antara displin yang diprotontonkan semasa persembahan tersebut yang mana turut menarik perhatian pasangan pengantin
Setelah selesai persembahan & makan,kami terus bergegas ke hospital bagi memberikan rawatan selanjutnya kepada Cikgu Zul . Alhamdulillah,semuanya masih dalam lindungan Allah,mungkin ini dapat member pengajaran agar pada masa akan datang kita lebih sentiasa ingat,berhati-hati & memberikan latihan yang secukupnya sebelum mempersembahkan seni silat warisan melayu kepada umum..

6 ulasan:

Mata Hati berkata...

Kesilapan dan kealpaan adalah lumrah kita bergelar insan. Yang sempurna cuma Allah SWT.

Berhati-hati apabila membuat persembahan pencak silat. Disamping melaksanakan apa yang dipelajari, beberapa petua perlu dilihat juga.

Belajar daripada mereka yang arif semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT.

Syabas semangat kalian saya kagumi. Semoga seni silat ini akan berkembang baik.

Panglima Hitam berkata...

Alhamdulillah....
terima kasih diatas nasihat yg diberikan oleh saudara mata hati..
mudah2an ia memberi manfaat pada kita semua hendaknya...

Kucing Hutan berkata...

setuju dgn sdr mata hati. ada satu lagi petanda yang boleh diberi perhatian ialah firasat hati. firasat hati ialah suatu perasaan yang tercetus sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Ianya ada di dalam amalan JABAT 14.namun Allah jua yang Maha Perkasa.tiada yang bergerak selain dengan izinNya.

Panglima Hitam berkata...

Terima kasih diatas nasihat serta petua atau perkara2 yg perlu dititikberatkan dalam persembahan.. Mudah-mudahan ia dapat memberikan saya ilmu baru untuk dikongsikan bersama-sama rakan yg lain.

Kucing Hutan berkata...

Sekadar mahu menumpang kasih. Petua yang nak saya ingin kongsikan untuk menghindar atau mengurangkan gangguan luaran ialah.

1. Pastikan buka gelanggang dengan sempurna (adat Gayong)

2. Jika tempat itu asing bagi kita sebagai khalifah buka gelanggang, tambahkan bacaan 3 Qul.

3. Sebelum hendak membuat/bermain senjata bahaya minta inzin wakil Gayong yang paling tua/kanan. Mohon izin dan restu.

4. Bila masuk gelanggang sebelum bertempur buatkan, berilah hormat 4 penjuru tanda merendah diri dan memberi hormat kepada hadirin yang berkemungkinan lebih tua, lebih arif dan berpengalaman dari kita.Niat di hati ini sekadar persembahan bukan nak menunjuk-nunjuk.

5. Banyak menbaca Qulhu sepanjang bermain itu.

6. Tidak terkecuali banyakan latihan.

Allah sahaja yang layak diminta perlindungan. Segala petua dan amalan adalah iktiar, alat, sebab-musabab dan adat yang harus kita budayakan. Allah jua yang Maha Hebat.

Panglima Hitam berkata...

Alhamdulillah....
akan kami cuba praktikan dimasa-masa hadapan,mudah-mudah ia amalan serta ingatan harian hendaknya..

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all