Bersyukur kita kehadrat Ilahi,dengan berkat syafaat dan limpah kurnia-Nya pada tanggal 19 Julai 2009 dua pejuang Gayong telah berikrar kasih bersatu hati mengikat janji untuk hidup bersama. Kini tibalah masanya majlis walimatulurus diadakan sebagai tanda atau adat melayu bagi memperkenalkan pengantin sebagai pasangan suami isteri yang sah kepada ahli keluarga,sahabat hadai,jiran juga ahli setempat.
Memandangakan kedua-dua pengantin adalah terdiri daripda anak-anak Gayong sendiri,persembahan seni silat dari anak-anak serta sahabat-sahabat seGayong bagi bersama memeriahkan lagi majlis pada petang tersebut,juga diserikan dengan kehadiran dua sahabat lama juga anak Gayong lama Cikgu Rusli blogger Jendela Hati dan Saudara Ariff Budiman blogger Warna Nostalgia.
Kehadiran 80% team persembahan dari seberang perai hadir bersama bagi menyumbangkan sedikit cenderahati yang dizahirkan melalui persembahan seni silat untuk meraikan pasangan pengantin.
Persembahan silat dimulakan dengan sembah hormat anak-anak Gayong dan tari buka gelanggang yang disampaikan dengan begitu halus oleh pesilat yang telah diberi amanah.
Acara silat tidak habis disitu apabila 3 wakil anak murid pasangan pengantin dari gelanggang Flat Hijau datang bersama mempersembahkan sedikit buah tangan kepada kedua guru mereka pada hari bersejarah tersebut.
Semangat: Antara Anak Gayong Lama Yang Turut Hadir Saudara Ariff Budiman
Persembahan seterusnya oleh putri gayong seramai 4 orang dari gelanggang Sekolah Sungai Nibong mempersembahkan permainan mereka dengan gaya yang tersendiri serta penuh disiplin dan bergaya.
Alhamdulillah,dengan semangat yang ditunjukkan oleh srikandi-srikandi ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya seni beladiri terutamanya kepada kaum hawa.
Seterusnya para jurulatih bersama pembantu jurulatih dari gelanggang Penaga mempersembahkan Seni Masal Bunga Tanjung.
Persembahan tempur dimulakan dengan tangan kosong oleh putri-putri sungai nibong,dengan persembahan yang agak seimbang dipamerkan walau agak gementar serta kurang latihan tetapi mereka masih mampu untuk bertempur dengan agak baik.
Seterusnya,para penonton dan pasangan pengantin disajikan pula dengan permainan yang lebih agresif oleh para jurulatih dan pembantu jurulatih mempamerkan permainan senjata dengan gaya serta langkah yang semakin baik,seni yang dipamerkan agak memeranjatkan bukan hanya kerana permainan mereka tetapi kehadiran tetamu yang tak diundang serta tak diketahui dari mana asal dan datngnya ia.
Seni: Persembahan Seni Masal Dari Jurulatih Dan Pembantu Jurulatih
Kemunculan pertamanya jika tidak salah adalah semasa putri mempersembahkan seni tangan kosong dan mengikut dari sumber yang boleh dipercayai ia kelihatan tersenyum melihat putri-putri Gayong itu bertempur dan hilang tanpa diketahui kemana perginya.
Dalam keasyikkan melihat permainan keris,sekali lagi secara tiba-tiba tetamu itu muncul lagi dalam keadaan berpakaian putih bersih dan berbengkung kuning mengikat kemas dibahagian pinggannya bersama memerhati permainan anak-anak Gayong,sesekali ia meniup kearah pesilat semasa keadaan tegang pesilat berjuang diantara keris dan tumbuk lada.
Ini diceritakan sendiri oleh salah seorang yang memerhati permainan kami dan bertanyakan adakah salah seorang Gurulatih kami yang menjaga didalam gelanggang semasa persembahan dijalankan memiliki sesuatu benda asing,jawapannya tidak.
Mengikut apa yang saya tahu,ia datang dalam keadaan baik bersama menjaga kesemua anak-anak Gayong yang sedang membuat persembahan pada petang tersebut.
Cindai: Antara Permainan Yang Jarang-Jarang Dipersembahkan
Adakah dengan apa yang dimaksudkan disini adalah Daeng Kuning,Panglima Hitam? yang datang melihat anak cucunya membawa dan memperjuangkan ilmu Gayong..
Mungkin keadaan sama ada percaya atau tidak akan terukir difikiran sesiapa saja,juga tak mustahil jika apa yang kami sangkakan adalah Panglima Hitam atau nama asalnya Daeng Kuning..
Disini saya tidak dapat menceritakan keadaan sebenar ia datang dan pergi,rupa paras dan selebihnya kerana bukan dari pancaindera saya sendiri yang melihat tetapi salah seorang tetamu yang dikenali juga mempunyai kelebihan dari segi hijab pancainderanya yang dapat melihat secara terus akan kehadiran makluk tersebut.
Ia juga tidak pergi begitu saja,dalam permainan parang Panjang dan Parang Cindai ia begitu teliti memerhatikan anak-anak muda ini beraksi.
Mungkin ada sesuatu yang menariknya untuk melihat kami dari dekat walau keadaan mata kasarnya tidak dapat dilihat.
Kami juga cuba untuk mengambil gambar menggunakan kamera digital,akan tetapi mungki juga Allah tidak mengizinkan dan gambarnya gagal kami perolehi.
Kenangan: Bergambar Sebelum Persembahan Dimulakan
Walau apa yang berlaku pada hari itu,baik buruknya dan benar atau tidak hanya Allah yang lagi maha mengetahui. Apa yang saya dapat cakapkan disini,inilah pengalaman yang takkan dapat saya lupakan insya'Allah jika diizinkan oleh pemerhati yang memberitahu akan kehadiran makluk itu,saya ingin mengetahuinya lagi. Mungkin sedikit sebanyak dapat menambahkan pengalaman kepada saya.
Persembahan terakhir adalah tari tutup gelanggang yang disempurnakan oleh Cikgu Aliff dan sebagai buah tangan dari anak-anak Gayong,pengantin lelaki dijemput ke tengah gelanggang bagi mempersembahkan kemahiran beliau bertempur yang dalam masa sama dikepung oleh pesilat-pesilat yang membuat persembahan sebentar td,akhirnya pengantin dapat dijatuhkan ketanah.
Inilah yang yang mampu kami anak-anak Gayong berikan sebagai tanda persahabatan kepada pengantin untuk di ingat hingga ke akhir hayat mereka. Bukan niat untuk memalukan atau menganaiya pengantin tetapi,sudah menjadi tradisi kami anak-anak Gayong jika tidak diajak ke gelanggang pada hari perkahwinannya seperti tidak lengkap persembahan kami.
*Antara Gambar-Gambar Yang Sempat Kami Rakamkan Untuk Dikongsikan Bersama
1 ulasan:
pertama tahniah pada pengantin,kedua agak menarik la posting nie..
cerita mistik tue,senang.
mudah2an kita dapat belajar akan kehadiran makluk2 ini..syabas!
Catat Ulasan