Pada 19 Julai yang lalu,satu mensyuarat ringkas bagi membincang serta melunaskan saki baki masalah tertangguh bagi menjayakan program yang telah dirancang pada 2 Ogos ini iaitu majlis ramah mesra bersama Ketua Imam Khalifah Besar PSSPGM bertempat di perkarangan Rumah Rehat Dato' Hashim di Yan Kecil,Kedah Darul Aman.
Serius: Sentiasa Memberikan Penekanan Bagi Perkara Yang Sedang Dibincangkan
Bertolak dari Pulau Pinang kira-kira 8.20malam menuju ke Gurun bagi menjemput Ayahda Cikgu Abdul Majid dan Cikgu Abby untuk sama-sama ke Yan memandangkan rombongan kami dari Pulau Pinang yang terdiri dari saya,Cikgu Rusli dan anaknya Cikgu Saiful Nizam tidak mengetahui jalan menuju ke sana.
Pada jam 9.30 malam kami tiba di Denai Dato' Hashim dan disambut mesra oleh anak-anak Gayong yang telah tiba lebih awal dari kami.
Kami juga dihidangkan dengan jamuan makan malam yang agak menarik sesuai dengan suasana didalam hutan iaitu pulut durian serta buah-buahan.
Pada jam 9.30 malam kami tiba di Denai Dato' Hashim dan disambut mesra oleh anak-anak Gayong yang telah tiba lebih awal dari kami.
Kami juga dihidangkan dengan jamuan makan malam yang agak menarik sesuai dengan suasana didalam hutan iaitu pulut durian serta buah-buahan.
Bermesyuarah: Sudah Menjadi Amalan Anak-Anak Gayong Sebelum Memberikan Kata Putus Dalam Setiap Apa Yang Dirancangkan
Selepas selesai menjamu selera,pada jam 10 malam mesyuarat dimulakan dengan agenda-agenda yang tertangguh bagi mengambil tindakan susulan untuk memastikan agar segala yang dirancang berjalan dengan keadaan baik serta lancar.
Kesemua agenda dibincangkan dengan teliti serta kebarangkalian perkara yang mungkin dan tidak mustahil berlaku diberi penekanan yang sewajarnya kepada ajk dan ahli yang telah diberi tanggungjawab.
Tuan Rumah: Sempat Mengalas Perut Selepas Selesai Mesyuarat
Antara agenda yang dibincangkan semula adalah:
- Menggubal semula program dan aturcara mengikut perkembangan serta maklumbalas ajk.
- Membincangkan tentang sambutan serta persembahan silat pada majlis tersebut.
- Mengetengahkan tentang asal usul Gayong serta perjalanan Gayong.
- Penyatuan anak-anak Gayong.
- Anggaran anak-anak Gayong yang bakal hadir baru dan lama.
- Jemputan secara rasmi.
- Jemputan anak-anak Gayong dari Turnisia yang datang ke Gurun bagi melawat serta berhajat untuk membawa pesilat-pesilat dari Malaysia ke sana untuk membuat persembahan.
Memang indah dan damai persekitaran disana,sesuai untuk dijalankan aktiviti-aktiviti riadah dan santai.
Terima kasih kepada Dato' Hashim kerana sudi memberi ruang bagi program ini nanti.
'
..."Mendaki Gunung Meredah Lurah,
Mencari Ramuan Pengubat Hati,
Ilmu GAYONG Bukannya Mudah,
Seni Turunan Wali Kesakti"...
3 ulasan:
Alhamdulillah..
muddah-mudahan usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan baik & sempurna..
teringin nak masuk silat
boleh buka gelanggang di sekolah tun syed syeh shahabudin,BM.
Ermm...
Alhamdulillah,insys'Allah..jika diber peluang & kesempatan boleh juga.Tapi sek tu di belah mana,contact saya admin Pusaka Gayong Pulau Pinang.
Panglima Hitam
Catat Ulasan