Rabu, 29 Julai 2009

BAK-18 Teluk Duyung (Monkey Beach)

Alhamdulillah,Pusaka Gayong Pulau Pinang sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu lagi program serta aktiviti riadah yang meupakan acara bulanan dengan nama B.A.K. (Bengkel Asas Kejurulatihan) bertempat di Teluk Duyung(Monkey Beach) Taman Negara Pulau Pinang.Walau pun program atau rancangan tempat asal adalah Pantai Kerachut yang juga dalam kawasan Taman Negara terpaksa di tukar atas sebab tempat perkhemahan sudah penuh digunakan hingga awal puasa.

Oleh yang demikian dengan inisiatif serta tindakan dari Majlis Guru-Guru berbincang dan terpaksa menunda program yang asalnya bertarikh 11 dan 12 Julai kepada 25 dan 26 Julai 2009 disebabkan masalah penginapan.

Syukur,walau pun kesan dari penundaan tarikh telah menyaksikan ramai peserta menarik diri kerana tarikh demikian bertembung dengan aktiviti sekolah,kenduri dan sebagainya kami berjaya juga mengumpul 9 peserta.

Petunjuk Arah: Arah Dan Jarak Perjalanan Yang Akan kami Lalui

Walau pun jumlah peserta hanya 9 orang dan ianya menjadi sejarah peserta paling kurang berbanding dengan Bengkel-bengkel yang dijalankan sebelum-sebelum ini tetapi kami teruskan juga dengan berbekalkan sedikit semangat yang ada ditambah dengan semangat serta kegigihan para peserta menginginkan program diteruskan akhirnya kami teruskan dengan aktiviti ini.

Berkumpul di dataran Taman Negara pada pukul 4 petang dengan pendaftaran para peserta serta jurulatih dan penerangan ringkas diberikan oleh Cikgu Ridzuan selaku Ketua Jurulatih dan Pengerusi majlis Guru-Guru Pulau Pinang.

Selepas semua peserta dan jurulatih tiba serta mendapat permit dan kelulusan untuk memasuki hutan kami memulakan langkah sekitar jam 5.00 petang merentasi hutan tebal serta keadaan trek yang agak mencabar memberi pendedahan serta kesabaran untuk kami teruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Setelah hampir satu jam berjalan melalui hutan tebal,kami singgah untuk berehat serta mengumpulkan tenaga di check-point kami yang pertama di kawasan Pusat Kajian Samudera Dan Pantai Muka Head USM.

Kedengaran ada yang membincangkan apa yang hendak dilakukan..Macam-macam yang boleh kita lihat gelagat anak-anak muda sesama mereka bercakap yang kadang-kadang tu agak tidak masuk dek akal.

Check Point: Pusat Kajian Samudera & Pantai USM

10 minit berehat,kami meneruskan perjalanan untuk ke lokasi sebenar B.A.K. akan dijalankan.

Semasa dalam perjalanan,kami dapat melihat berbagai-bagai flora dan fauna serta makluk-makluk ciptaan Allah s.w.t.

Sungguh terposa dibuatnya,sepertinya ini yang membuatkan kami untuk tidak berhenti buat kali keduanya dan meneruskan perjalanan hingga ke tempat yang dituju.
Rehat: Tempat Dimana Kami Melepaskan Lelah Setelah Penat Berjalan

Setelah berhempas pulas mengharungi perjalanan,naik bukit turun bukit,panjat sana terjun sini dan redah laut-sungai akhirnya pada jam 6.30 kami memasuki kawasan Teluk Duyung,memang indah ciptaan Allah.

Apa yang kami dapat lihat,memang ramai pengunjung yang telah tiba awal dari kami dan paling ramai adalah para pelancong luar negara yang majoritinya dari Saudi Arabia melihat kami dengan senyuman.

Laluan Berliku: Perjalanan Yang Perlu Ditempuhi Para Peserta Sebelum Sampai Ke Destinasi Yang Dituju

Setibanya di lokasi tapak perkhemahan kami yang juga dihadapan salah satu dari dua banglo tinggalan mendiang Boon Siew seorang yang cukup kaya suatu ketika dahulu serta antara lokasi yang sangat-sangat menjadi misteri dari dahulu hinggalah kini dengan pelbagai-bagai cerita serta penemuan oleh orang yang datang berkhemah di kawasan itu.

Banglo Misteri: Inilah 1 Daripada 2 Banglo Tinggalan Boon Siew

Memandangkan hari sudah semakin gelap,Cikgu Ridzuan memberikan arahan agar khemah didirikan secepatnya kerana jika malam susah memandangkan tiada bekalan elektrik disitu.
5 khemah berjaya didirikan dalam beberapa minit dan seterusnya adalah bagi peserta mencari kayu untuk dijadikan unggun api.

Para jurulatih bersiap-siap dengan peralatan serta bahan-bahan memasak untuk menyediakan makan malam kepada para peserta.
Dari ini kami cuba terapkan nilai-nilai murni serta kerjasama diantara satu dengan yang lain yang mana tidak mengira jurulatih(fesi) mahu pun peserta dan termasuklah saya ni(wartawan yang takdak gaji) juga diberi tanggungjawab bagi sama-sama membantu untuk menyediakan makan malam..

Dari sini lah saya mula tertarik dengan program yang dianjurkan kali ini,walau pun tidak ramai peserta tetapi kepuasan yang kami dapat bersama selain dari ilmu persilatan adalah amat-amat bermakna untuk kami praktikkan bagaimana membuat persediaan jika berada situasi yang hampir sama satu hari nanti.

Selepas solat insya' dan pada jam 9.30 malam,kesemua para peserta dan jurulatih bersama-sama menjamu selera,walau dengan suasana yang suram serta gelap kerana tiada bekalan elektrik dan hayan bercahayakan unggun api serta lampu suluh yang diletakkan,cukup terhibur dengan telatah masing-masing dan sedar tak sedar habis satu periuk nasi dibedalnya.
Lapaq la katakann...tapi masakkan gulai ikan kering yang dimasak Cikgu Ridzuan memang sedap.

Pada jam 10.30 malam panggilan untuk para peserta untuk bersiap sedia dengan pakaian uniform silat lengkap dan latihan dimulakan berdekatan pantai dalam keadaan gelap dan latihan pada malam itu diuruskan serta dikelola sepenuhnya oleh Cikgu Ridwan(Stunami) dan Cikgu Helmi dengan memberikan asas senaman serta penyediaan sebagai jurulatih tentang adap-adap buka gelanggang,cara serta teknik yang betul mengajar,seni masal(bunga tanjung) ddan serangan bertali arus bagi persediaan persembahan silat.

Peserta juga diajar bagaimana untuk mencari serta melahirkan idea sendiri bagaimana mengolah sesuatu buah agar nampak lebih baik,cantik serta kemas untuk dipertontonkan kepada orang ramai nanti.
Latihan berakhir pada jam 2 pagi dan peserta diberikan satu lagi tugasan agar berkawal di sekitar kawasan khemah secara berdua mengikut jam dan bergilir-gilir juga ditemani Cikgu Helmi yang sama-sama berjaga bagi memastikan tahap keselamatan berada dalam keadaan baik.
Kenangan: Bergambar Sebelum memulakan Latihan pertama

Pada sebelah paginya,kira-kira jam 8 pagi aktiviti bebas diberikan kepada para peserta dan didalam pengawasan para jurulatih.
Ada yang sempat belajar menjala ikan,memancing,mencari remis,main pasir...dan bermacam-macam lagi. Tapi memang,walau pun dah besar dan bersekolah di sekolah menengah..adakalanya sifat kanak-kanak tu akan datang dengan sendirinya.

Pada jam 10 pagi,latihan kedua dijalankan dan kali ini lebih aggresif memandangkan cuaca yang begitu baik serta semangat para peserta untuk menyambung pelajaran semalam.

Latihan gelanggang kali ini dibawa oleh Cikgu Helmi bersama-sama Cikgu Ridwan(Stunami) dan pelajarannya adalah Seni Kombat dan disambung dengan persediaan persembahan yang diajar pada sebelah malam tadi.

Trade Mark: Senaman Anak Harimau,Ni Nak Lompat Ke Nak Belajar berenang Ni?

Dimulakan dengan asas peringkat pertama,kedua gerakkan anak harimau dan lompatan yang mana menjadi ssalah satu "trade mark" Gayong.

Secara kebetulan pada masa itu juga bot-bot para pelancong tiba dan mereka secara berkumpulan dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan,mengambil gambar serta merakamkan aksi-aksi latihan seni beladiri Malaysia yang bernama Silat secara lansung.

Selesai para peserta habis melakukan lompatan,kami diberikan tepukkan oleh pelancong-pelancong.
Teknik: Begini Cara Yang Betul,Mungkin Itu Yang Cuba Diterangkan Cikgu Helmi Kepada Peserta

Setelah selesai lompatan,latihan Seni Kombat diteruskan dan para peserta hanya berjaya mengalami serta merasai sendiri kehalusan serta sakitnya apa yang dikatakan Seni Kombat.

Walau pun hanya sempat memperkemaskan 3 daripada 13 biji buah Kombat kerana kesuntukkan masa bagi menyambung pelajaran semalam,para peserta cukup memberikan tumpuan serta komitmen yang tinggi mempelajari ilmu yang cuba disampaikan oleh jurulatih.

Tempur: Aii..Kalau Yer Pun Dok Kat Monkey Beach,Jangan La Buat perangai Monkey..

Latihan ke-2 selesai pada kira-kira 12 tengah hari dan selepas upacara tutup gelanggang dilakukan kesemua peserta diminta untuk bersiap sedia untuk makan.

Yang menariknya,belum sempat kami salin pakaian 2 warga Arab ddatang kearah kami meminta kami agar dapat beraksi sekali lagi untuk 5minit dan direkod menggunakan video kamera untuk dibawa pulang ke negara asal mereka.

Kasih Seorang Guru: Bila Seorang Gurulatih Ke Dapur..

Setelah selesai kesemuanya,kami mandi,menjala dan makan tengahhari sebelum bertolak pulang selepas solat zohor pada jam 3.30 petang.

Kami tiba di dataran Taman Pintu Masuk Taman Negara pada jam 6 petang dan berehat sebelum pulang ke destinasi masing-masing.


Dalam Kenangan: Koleksi Gambar-Gambar Kenangan Anak Gayong Di Teluk Duyung 25 Hingga 26 Julai 2009


"Pantang Pendekar Menyerah Kalah,
Namun Undur Jangan Sekali,
Sekali Melangkah Pasti Diakhiri,
Alang-Alang Menyeluk Perkasam,
Biar Sampai Ke Pangkal Lengan..."

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all